Steven Sim Chee Keong membantu memilih barangan keperluan untuk Puan Ros dan keluarganya di pasar raya Tesco Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. - Kredit foto: FB Steven Sim Chee Keong.


SATU keluarga ibu tunggal anak sepuluh hidup susah bagai sudah jatuh ditimpa tangga kerana diusir dari kediaman mereka tinggal sekarang disebabkan tidak mampu menjelaskan bayaran sewa rumah.

Peristiwa sedih ini berlaku hanya beberapa hari menjelang ketibaan bulan Ramadan yang bakal diraikan oleh umat islam termasuk di negara kita Malaysia.

Keluarga yang tinggal di Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang ini hidup dalam serba kekurangan hanya mampu makan nasi berlaukkan bawang campur kicap dan kuah kari kosong setiap hari. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ibu tunggal


Puan Ros yang buntu mengenangkan nasib anak-anaknya setelah diusir dari rumah yang didiami kerana tidak mampu membayar sewa menangis di luar rumah berkenaan semasa ditemui Steven Sim. Barangan beliau telah siap dikemas.


Cubalah anda bayangkan sudahlah hidup susah, ibu tunggal anak 10 orang yang kecil sekali umur 3 tahun kena keluar dari rumah yang diduduki mereka selama ini kerana tidak mampu membayar sewa.

Ibu tunggal berkenaan, Puan Ros yang buntu dengan keadaan tersebut hanya mampu menangis mengenangkan nasib anak-anaknya yang masih kecil dan tidak tahu ke mana mereka akan pergi.

Peristiwa sedih ini tercacat dalam status terbaharu Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong yang dipaparkan beliau melalui laman sosial Facebook pada Ahad 4 April 2021.

Setelah mendapat info, beliau yang sepatutnya hadir pada satu mesyuarat pada sebelah pagi terus menemui ibu tunggal dan anak-anaknya yang ketika sedang duduk menangis di luar rumah dengan barangan sudah siap di pek tetapi tidak tahu ke mana arah tujuan lebih-lebih lagi bila mengenangkan anak-anaknya yang masih kecil-kecil. 


Sejumlah dua troli barangan keperluan makanan untuk bekalan keluarga Puan Ros sepanjang Ramadan hingga hujung Syawal.


Pada pertemuan berkenaan, dia berjanji akan membantu keluarga berkenaan mendapatkan rumah yang baharu.

Selepas itu, beliau juga membawa keluarga tersebut, ibu dan anak-anaknya ke Tesco di Bukit Mertajam bagi membeli barangan keperluan makanan sebanyak dua troli penuh hingga juruwang pun terkejut ingatkan nak borong untuk berniaga. 

Semoga barangan tersebut cukup sepanjang Ramadan hingga hujung Syawal nanti.

Semasa di pusat beli belah berkenaan, anak-anak Puan Ros nampak kedai mainan dan terdiam, beliau memahami gerak hati mereka dan masuk membelikan mainan digemari.

Menurut Steven Sim, kebetulan di luar pusat beli belah itu juga ada bazar jualan baju raya dan bercadang membelikan mereka seorang sepasang baju baharu. Namun ibu berkenaan menyatakan dia tidak perlu cukup belikan untuk anak-anaknya sahaja kerana dia tak pernah beli baju raya.

Bagaimanapun beliau beritahu anak-anak Puan Ros, kali ini mesti belikan sepasang baju baharu untuk ibu, semua pakat pilih baju untuk ibu mereka. Manakala kakak yang sekolah menengah pula dibelikan tablet asalkan dia mahu ke sekolah.


Steven Sim memilihkan baju baharu untuk salah seorang anak Puan Ros.


"Pak Cik akan pastikan adik-adik belajar macam mana susah sekalipun. Hanya ilmu di dada mampu mengubah nasib kita," nasihat bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan kepada anak-anak Puan Ros. 

Melalui catatannya Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu berkata, sebelum pergi ke rumah sewa baharu, mereka sempat makan McDonalds yang terletak di tepi bangunan Tesco. 

Bila nak buat pesanan semua diam, ingatkan mereka tak suka. Rupa-rupanya semua tak pernah makan makanan segera tersebut jadi tak tahu nak pesan apa. Setiap seorang satu set Happy Meal dipesan manakala ibu mereka bersama beliau makan burger. 

Sewaktu di rumah baharu, Puan Ros tanya mengenai sewa rumah berapa? Steven Sim jelaskan jangan bimbang beliau akan tanggung sampai dapat rumah kerajaan nanti.

Hampir setengah hari semua letih, Puan Ros dan anak-anak sekarang sudah ada rumah baharu untuk duduk, baju baharu, tablet baharu dan peti sejuk penuh dengan barangan bekalan keperluan harian.

Bagaimanapun ibu tunggal berkenaan meminta mesin pengisar nak masak untuk anak-anak. Terlupa beli di Tesco, jadi kenalah pergi ke pasar raya Wonderful beli jenama Khind. Bila dapat sahaja dia tersenyum.

Menurut Steven Sim, beliau sudah berjanji untuk mengembirakan Puan Ros dan anak-anak. Syukor sama-sama dapat berkongsi kegembiraan tersebut. - KitaReporters


Bagi anak Puan Ros yang bersekolah menengah dihadiahkan tablet untuk memudahkannya belajar.


Walaupun tidak pernah makan di restoran makanan segera McDonalds, keluarga Puan Ros kelihatan gembira menikmati makanan yang dipesan oleh Steven Sim.

2
0
1
0
0

Copy Link: