11 tahun hidup solo, gagal dapatkan calon suami! Karen ambil keputusan kahwini dirinya sendiri!
Published by.
Karen bersama saudara-mara dan sahabat-sahabat meraikan ulang tahun ke-11 menjadi solo dengan mengahwini dirinya sendiri. - Kredit foto: Daily Star
Lumrahnya bagi manusia ingin hidup berpasangan. Namun bukan pelik kini apabila semakin ramai wanita atau lelaki tidak pernah merasai hidup berumah tangga sedangkan usia semakin meningkat.
Sedangkan si wanita dan lelaki itu mempunyai harta dan berperawakan agak menarik. Malah sebahagiannya sudah menjalin hubungan dengan beberapa pasangan, namun tidak dapat dilanjutkan ke alam perkahwinan
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan yang pelik-pelik
Lalu terdapat sejumlah individu melakukan perkara yang tidak diterima akal. Sebagai ganti ada yang sanggup berkahwin dengan binatang, kahwin dengan kaum sejenis dan ada yang berkahwin dengan diri sendiri.
Karen bersama bapanya. - Kredit foto: Wales Online
Karen akhirnya mengambil keputusan berkahwin dengan dirinya sendiri ketika usia memasuki 40 tahun pada 1 Mei 2010 lalu.
Setelah usia kehidupan solonya memasuki tahun ke-11, Karen mengeluarkan perbelanjaan sebanyak £800 (kira-kira RM4,700) untuk membuat majlis ulang tahun dan majlis perkahwinan yang dihadiri sejumlah kaum keluarga dan sahabat handai seramai 100 orang.
Dalam majlis itu Karen memakai gaun pengantin dan dirai oleh kaum keluarga dan sahabat-sahabatnya.
Meskipun Karen pernah menjalin hubungan dengan beberapa lelaki, namun tidak tidak ada ingin menlagkah ke perhubungan serius iaitu berkahwin.
Akibatnya Karen berasa lebih selesa hidup sendirian walaupun hatinya memberontak ingin punya pasangan.
“Justeru saya mengambil keputusan mengahwini diri sendiri walaupun ramai yang menganggap ia perkara gila", kata Karen kepada Daily Star. - KitaReporters
Kredit foto: Wales Online