KEBAKARAN sebuah kereta Proton Iswara di Simpang Empat, Kampung Sireh, Kota Bahru, Kelantan pada Jumaat, 21 Mei 2021.- Kredit Foto : Media Sosial


HATI isteri mana yang tidak merasa sedih serta menangis apabila melihat suaminya, Wan Hassan Wan Ali, 49, terbunuh dalam keadaan jasadnya hampir hancur selepas kereta mangsa meletup sehingga terputus dua akibat dipercayai dipanah petir di Simpang Empat, Kampung Sireh, Kota Bharu, Kelatan pada pukul 5.30 petang, Jumaat, 21 Mei 2021. 

Akibat dentuman yang kuat itu menyebabkan mayat mangsa tercampak kira-kira 20 meter dari lokasi kejadian letupan kuat tersebut. 


Lagi cerita-cerita gempar berkaitan mercun

ORANG ramai hadir menyaksikankejadian kereta terbakar selepas meletup akibat panah petir di Simpang Empat. Kampung Sireh, Kota Bahru pada 21 Mac 2021. - Kredit Foto : Media Sosial  


Isteri mangsa, Fridah Hussin, 49, berkata, dia memang sedih melihat mayat suaminya dalam keadaan tidak sempurna di tempat kemalangan yang tidak diduga menimpa arwah suaminya.

Sebelum itu, Faridah ada mendengar khabar ada kemalangan berlaku melibatkan kereta terbakar di Simpang Empat yang jaraknya kira-kira dua kilometer dari rumahnya.

Namun anak keduanya, Wan Nor Adawiyah Wan Hassan, 21, memberitahunya bahawa bapanya tidak terlibat dalam kemalangan tersebut selepas Wan Nor Adawiyah pergi melihat di tempat kemalangan.


FARIDAH Hussin (dua dari kiri). - Kredit Foto : Media Sosia


``Hilanglah kerisauan hati saya ketika itu kerana suami saya tidak terlibat dalam kejadian itu tetapi saya dikejutkan lagi bila anak sulong, Wan Nur Hidayah (Wan Hassan), 22, pula memberitahu bahawa ayahnya terlibat dengan kemalangan kereta yang terbakar itu.

``Wan Nur Hidayah mengenali serpihan-serpihan yang ada di lokasi kejadian itu adalah daripada kereta milik bapanya Proton Iswara,’’ katanya pada petang Jumaat, 21 Mei 2021.



Dalam keadaan terkejut itu Faridah tanpa membuang masa bersama anak-anaknya terus ke tempat kejadian itu dan mendapati mangsa kemalangan tersebut adalah suaminya.

``Saya menangis serta kaku seketika melihat mayat suami yang tiada anggota kaki dan sebahagian daging dari tubuhnnya berkecai,’’ ujarnya.

Faridah yang mempunyai tiga orang anak itu memberitahu walaupun jasad sumainya tidak sempurna tetapi dia tetap reda dengan ketentuan Allah itu.

Menurutnya, sebelum kejadian itu, suaminya tidak menunjukkan sebarang perubahan tingkah lakunya malah hubungannya dengan dia serta anak-anaknya adalah seperti biasa.


 

DUA parah dari penumpang kenderaan lain yang terkena tempias letupan kereta Proton Iswara yang meletup selepas dikatakan di panah petir pada 21 Mei 2021. - Kredit foto: Media Sosial 


Dalam kejadian hujan renyai-renyai pada pukul kira-kira 5.30 petang Jumaat, 21 Mei 2021, kereta Proton Iswara yang dinaiki Wan Hassan itu meletup dengan kuat sehingga terputus dua selepas dipercayai dipanah petir di Simpang Empat, Kampung Sireh, Kota Bahru.

Letupan kuat itu juga dipercayai berpunca daripada mercun bola yang dibawa oleh mangsa di dalam keretanya berdasarkan beberapa serpihan bahan letupan itu ditemui di lokasi kejadian.


KAKI Wan Hassan Wan Ali terputus daripada tubuh badannya dan tercampak tidak jauh dari lokasi kejadian. - Kredit foto: Media Sosial


Ketua Polis Negeri Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata berikutan dengan kejadian itu, lima buah kenderaan lain yang berada di lokasi itu turut rosak menyebabkan empat orang cedera dan mereka dihantar untuk dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bahru.

Menurutnya, lima kenderaan yang rosak itu akibat terkena percikan api dari kereta Proton Iswara yang meletup dan terbakar itu.

Beliau berkata, mayat Wan Hassan juga dibawa ke hospital tersebut untuk bedah siasat (post-mortem).


SERPIHAN mercun bola yang dtemui di lokasi kejadian. - Kredit foto: Media Sosial


Dalam pada itu, Shafien tidak menolak kemungkinan lelaki terbabit membawa mercun di dalam keretanya sebelum kereta mangsa terbakar.

``Bagaimanapun, siasatan kes ini masih awal lagi dan kes ini akan dijalankan dibawah Seksyen 8 Akta Bahan-Bahan Letupan.

``Kita juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian itu tampil memberi kerjasama dengan pihak polis,’’ katanya pada petang 21 Mei 2021.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan, Mohd Wildam Azahari berkata pihaknya menerima panggilan tentang kejadian itu pada pukul 5.34 petang.

Beliau berkata seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Darul Naim dan BBP Tunjang tiba di tempat kejadian lima minit kemudian.

``Sebaik tiba di lokasi tersebut, kami mendapati sebuah kereta sedang terbakar dan lima lagi kenderaan lain yang berada di lokasi berhampiran turut rosak,’’ katanya. - KitaReporters


 

10
9
13
2
6

Copy Link: