ISTERI serta ahli keluarga mangsa KRI Nanggala 402 menabur kalungan bunga di Perairan Utara Pulau Bali pada 30 April 2021. - Kredit foto: Kompas.com


``SELAMAT tinggal yah (ayah), semoga yah tenang di sana,’’ kata seorang anak, Alfin berusia tiga tahun ketika menabur bunga di pusara lautan sebagai penghormatan terakhir buat ayahnya, Serda Dwi Nugroho yang meninggal dunia dalam tragedi kapal selam KRI Nanggala 402, tenggelam baru-baru ini. 

Alfin yang ditemani ibunya turut sama menambur berpuluh-puluh kuntum bunga pada Jumaat, 30 April 2021 di Perairan Utara Pulau Bali sambil berlinang air mata melihat gelagat anak kecilnya yang tidak jemu-jemu memanggil ayahnya di lautan itu.


Lagi cerita-cerita memilukan berkaitan tragedi KRI Nanggala 402

Allahyarham Serda Dwi Nugroho


ISTERI Serda Dwi Nugroho bersama anaknya, Aflin. - Kredit Foto : Tribunnews


Dalam suasana kesedihan itu, isteri Serda Dwi cuba mententeramkan anaknya itu dengan mengatakan ayahnya (Serda Dwi) mendengar panggilan Alfin itu dan ayahnya sudah menjawab tetapi anaknya sahaja yang tidak mendengar jawapan daripada ayahnya.

Sayunya hati terhadap kanak-kanak lelaki itu yang tidak mengetahui tentang kematian bapanya yang terkorban bersama kapal selam itu pada 25 April 2021.

Tribunnews dipetik berkata, selepas ini ibunya tidak mahu lagi Alfin bertanya  khabar ke mana ayahnya pergi dan bila ayah akan pulang dari bertugas sebagai tentera laut.


SEORANG isteri anak kapal selam itu pengsan selepas melakukan upacara menabur bunga di Perairan Utara Pulau Bali. - Kredit foto: Kompas.com


``Sekarang Alfin sudah tahu bahawa ayah sudah tiada lagi dan dia sudah meninggal dunia bersama rakan seperjuangannya dan kubur mereka di dasar laut.

``Selepas balik rumah nanti, Alfin jangan tanya lagi pada ibu pasal ayah ye akan menambah lagi sedih hati ibu dan hari ini Alfin datang untuk menabur kalungan bunga sebagai tanda ayah Aflin sudah mati dan ayah tidak akan pulang lagi ke rumah kita,’’ katanya dengan wajah sedih pada anaknya.



Tribunnews melaporkan, selepas itu dua beranak terbabit berdoa kemudian mereka melambai tangan untuk kali terakhir sebelum mereka meninggalkan lokasi  tersebut.

Kehadiran wanita serta kanak-kanak itu adalah antara kira-kira 150 isteri serta ahli keluarga anak kapal selam Angkatan Laut (AL) Tentera Nasional Indonesia (TNI) itu pada satu majlis menabur kalungan bunga yang dianjurkan oleh pihak berkuasa.



Suasana sedih dan pilu dapat dilihat apabila anak-anak serta isteri mangsa anak kapal selam KRI Nanggala 402 menangis dan meraung sekuat hatinya ketika majlis itu sedang berlangsung.

Apa yang menyedihkan terdapat juga isteri yang pengsan akibat kesedihan mendalam mereka kerana berada di kawasan berkenaan yang menempatkan bangkai kapal yang pecah tiga itu tenggelam di dasar laut.  

Disitulah 53 jasad anggota tentera laut Indonesia bersemadi di tanah perkuburan di dasar lautan Perairan Utara Pulau Bali, selepas terputus hubungan pada 21 April 2021. - KitaReporters 


KELIHATAN seorang lagi isteri anak kapal selam yang terkorban tidak bermaya akibat tidak dapat menahan kesedihan dengan kehilangan suaminya bersama 52 kru KRI Nanggala 402 baru-baru ini. -  Kredit foto: Kompas.com

1
0
12
0
1

Copy Link: