Video| Doakan semoga segera sembuh! Emak patah bahu kanan, tangan kiri, dua tulang rusuk! - Anak
Published byMALANG tidak berbau apabila kemalangan bukan saja berpunca daripada nahas di jalan raya tetapi juga ada kalanya berlaku pokok tumbang dan banjir kilat yang menyebabkan pengguna jalan boleh kehilangan nyawa.
Kejadian itu bukan disengajakan apabila pemilik rumah berhampiran jalan raya yang agak 'terlampau' teruja menanam pokok buah-buahan yang berbahaya seperti kelapa atau durian sebagai pagar sempadan tanah atau rumah, bukan saja mereka dapat menikmati hasilnya, tetiba pula berisiko meragut nyawa orang lain.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan buah kelapa
Itulah yang berlaku apabila seorang pembonceng motosikal yang cedera parah apabila mangsa terjatuh ke tengah jalan raya selepas kepalanya ditimpa sebiji buah kelapa dari pokok yang ditanam berhampiran sebatang jalan utama di Teluk Kumbar, Pulau Pinang pada Ahad, 26 Jun 2022.
Rakaman video dari sebuah kereta yang viral itu menunjukkan wanita itu tiba-tiba terpelanting di tengah jalan raya, tergolek beberapa kali dengan topi keledarnya tercabut selepas ditimpa buah kelapa berkenaan.
Selepas itu kelihatan penunggang motosikal itu berhenti sambil menjerit, berkejar menyelamatkan mangsa.
Ketika membalas komen mengenai video itu, Yaya Gani berkata, mangsa adalah ibunya dan orang yang berlari dari motosikal untuk membantunya adalah adiknya.
Beberapa pemandu kenderaan juga kelihatan turun dan mengawal lalu lintas untuk memastikan tiada kenderaan lain melanggar mangsa berkenaan.
Mangsa dipercayai cedera parah dengan patah bahu kanan, tangan kiri dan dua tulang rusuk.
Yaya Gani memberitahu, ibunya sudah sedarkan diri tetapi masih dalam pemantuan di Hospital Pulau Pinang.
"Adik perempuan saya baik-baik saja tapi dia sedikit trauma. Saya memohon kepada semua kenalan agar dapat mendoakan kesembuhan mama saya. Sekian terima kasih," katanya dalam satu catatan dalam Facebooknya.
Dalam satu hantaran di Facebook, Aishah Alisya kepada anak mangsa Yaya Gani, beliau memberitahu wanita berkenaan tinggal di Flat Taman Emas.
Aishah kesal kerana pemilik pokok kelapa itu tidak berfikir dengan sewajarnya ketika menanam pokok seperti itu kerana satu ketika itu pastinya akan berlaku musibah yang akan menjejaskan pengguna jalan raya.
"Ini satu pengajaran kepada pemilik dan kita kerana menjejaskan keselamatan pengguna," katanya. - KitaReporters
Dalam kejadian pada 2017, seorang lelaki maut dihempap pokok kelapa di Jalan Haji Sabri, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor. - Kredit foto: Bernama