KETIKA menyaksikan pengumuman 12 lagu yang terpilih ke Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35 di TV3 pada Selasa, 15 Disember 2020, penyanyi veteran Aishah penuh debaran apabila nama lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’ masih belum diumum ketika 11 lagu sudah diumumkan. : KitaReporters



Lagi kisah-kisah berkaitan Anugerah Juara Lagu:

https://kitareporters.com/search?search=anugerah+juara+lagu


Ketika itu Aishah (Wan Aishah Wan Ariffin) membayangkan lagu itu tidak terpilih ke AJL35. Dan dia menyalahkan diri sendiri yang melakukan sedikit kesilapan ketika menyampaikan lagu itu pada peringkat separuh akhir Muzik Muzik (MM) 35.

Namun beberapa detik kemudian Aishah hampir tidak percaya apabila hos Haziq Hussny dan Sherry Alhadad mengumumkan lagu ke-12 yang terpilih ialah ‘Aku Bidadari Syurgamu’ ciptaan melodi Ippo Hafiz dan lirik oleh Siti Rosmizah Semail.

Dengan pengumuman itu Aishah berpeluang menyanyikan lagu itu pada AJL35.

Aishah bersyukur diberi kesempatan mara ke akhir Anugerah Juara Lagu 35.


Bagi Aishah dia bersyukur dengan kejayaan itu dan ingin membuktikan bahawa dia penyanyi berkaliber. Dia tidak akan mempersia-siakan harapan penyanyi asalnya, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin

Sebelum ini Aishah menerima pelbagai kecaman kerana dia melakukan sedikit kesilapan ketika mendendangkan lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’ ketika peringkat separuh akhir MM35. 

Aishah menyatakan demikian dalam postingannya dalam Instagramnya @aishahjmm.

Antara penyanyi yang berjaya ke peringkat akhir AJL35.


Untuk tujuan itu, Aishah kini memberi tumpuan dalam menghafal melodi dan lagu itu agar persembahannya benar-benar mantap.

Bagi Aisyah melodi lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’ mempunyai melodi dan lirik yang kuat  dan jika dinyanyikan dengan baik ia mempunyai peluang untuk menang salah satu daripada tiga tempat teratas. 


Azmeer selaku ketua juri separuh akhir Muzik Muzik 35.

Sementara itu, Ketua Juri, Azmeer (Mohd Azhar Abu Bakar) dalam sidang media selepas pengumuman itu menyatakan lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’ dipilih kerana ia mempunyai melodi yang kuat. 

Ini kerana Muzik Muzik (MM) dan Anugerah Juara Lagu (AJL) adalah pertandingan lagu. Nyanyian yang baik sebagaI bonus bagi lagu dan penyanyinya mendapat peluang mengondol kategori ‘penyanyi terbaik’.

Bagi Aishah, AJL35 bakal menjadi AJL ketiga yang disertainya. Kali pertama dan kedua Aishah menyertai AJL ialah pada tahun 1990 dan 1995 dengan lagu nyanyiannya ‘Janji Manismu’ dan ‘Cinta Beralih Arah’ yang diumum juara.

Jika Jamal Abdullah, 62, menjadi artis tertua menyertai AJL35, Aishah pula merupakan penyanyi kedua paling tua. Aishah yang lahir pada 3 Januari 1965 akan berusia 55 tahun ketika menyertai AJL35 nanti.



Dua belas lagu yang terpilih ke AJL35 mengikut susunan pengumuman ialah:

  1. BELENGGU RINDU – WANY HASRITA & DATUK JAMAL ABDILLAH (HAEL HUSAINI & EZRA KONG)
  2. 7 NASIHAT – SHIHA ZIKIR, KMY KMO & LUCA SICKTA (KMY KMO & LUCA SICKTA)
  3. HATI – HAEL HUSAINI (HAEL HUSAINI & EZRA KONG)
  4. SEMALAM – AINA ABDUL (AINA ABDUL)
  5. PELUANG KEDUA – HAEL HUSAINI (HAEL HUSAINI & MFMF.)
  6. HUTANG – FLOOR 88 (ZAI HAMZAH / ACHOI FLOOR 88)
  7. KAU SAKITI – AMIR MASDI (FAIZAL TAHIR, MIKE CHAN, EZRA KONG, ROMEO & MAGE)
  8. GUNDAH – ERNIE ZAKRI (ERNIE ZAKRI & SHARON PAUL)
  9. GILA – KAKA AZRAFF, NOKI & TUJU (NOKI, LOCA B & EZRA KONG)
  10. JANGAN KHIANATI AKU – AZLAN & THE TYPEWRITER (DARK)
  11. EH – ZIZI KIRANA (NAVIGATOR & ZIZI KIRANA / MAMBANG & ZIZI KIRANA)
  12. AKU BIDADARI SYURGAMU – AISHAH (IPPO HAFIZ / SITI ROSMIZAH)


Aishah berjanji baiki kesilapan ketika peringkat separuh MM35

0
0
0
0
0

Copy Link: