KASIH seorang ibu terhadap anaknya terlalu berharga dan sanggup lakukan segala-galanya. Kredit Foto: dinimon.com


DEMI anak seorang ibu sanggup lakukan, apa sahaja terpacul di mulut anak pasti sedaya upaya akan diusahakan.

Itulah kehebatan seorang ibu segalanya untuk anak, sanggup ketepikan kepenatan diri sendiri semata-mata mahu membahagiakan anak sendiri.

Terbaharu tular dalam media sosial seorang ibu memuat naik video sanggup mengutip mainan terpakai di dalam lumpur di kawasan payau bakau berhampiran rumahnya, dalam aplikasi TikTok miliknya @yoonachiee.


Lagi cerita-cerita menarik



Kejadian yang dipercayai berlaku di Sabah itu menunjukkan seorang ibu muda mahu membuat kejutan kepada anak permepuan yang telah lama menyuarakan untuk memiliki mainan.

Namun disebabkan keadaan tidak mengizinkan selain PKP menyebabkan wanita itu tidak mampu untuk keluar dan membeli mainan kepada anaknya di bandar.

Tidak mahu menghampakan anak perempuan yang dipanggil Eiyan, ibu muda yang juga seorang ibu tunggal itu terus sedaya upaya memenuhi keinginan anaknya.



Inilah ibu yang hebat dan positif... sangat kreatif mencari jalan dan tidak menghampakan si kecil yang belum mengerti.

Walaupun mainan yang ditemukan hanya barangan terpakai yang dibuang di kawasan bakau namun ternyata ia sesuatu yang sangat indah di mata anaknya.

Namun bagi memastikan maianan yang temukan itu bersih, wanita itu sanggup membersihkan kesemua barangan itu terlebih dahulu.

Malah sempat menyiram dengan air panas bagi memastikan mainan itu terjamin bersih sebelum dipegang buah hatinya.

Malah ketika si kecil menerima mainan itu si anak kelihatan anaknya gembira dan sempat bermain masak-masak bersama.

Malah si anak sempat menghadiah kucupan ikhlas kepada ibunya kerana terlalu gembira selepas impian terlaksana.

Inilah nilai sebenar sebuah bahagia, tidak mampu dibeli dengan wang ringgit.


Hakikatnya bahagia itu sederhana! Lalui dengan cara kita sendiri!

Malah wanita itu sempat berjanji kepada anaknya untuk membelikan mainan yang baharu apabila semua keadaan mengizinkan.

Inilah hebatnya seorang ibu, segalanya untuk anak! Melihat anak tersenyum girang pasti membuatkan hilang segala kepenatan yang dirasai sebelum ini.

Semoga dua beranak itu sentiasa dalam rahmatNya dan bahagia dengan caranya yang tersendiri. - KitaReporters


 

 

3
1
0
0
0

Copy Link: