Maut angkara nak berselfie! Wanita tergelincir cerun tinggi!
Published byWANITA dan selfie sukar dipisahkan, di mana sahaja boleh bergambar asalkan cantik di mata pasti dirakam momen indah itu. Mungkin itu juga lumrah bagi seorang wanita yang sukakan sesuatu yang cantik di matanya. Baru-baru ini tular kisah seorang wanita Rusia yang maut kerana tergelincir di cerun tinggi semata-mata mahu berswafoto di puncak bukit di Okha, berhampiran perkampungan Kocerginoyarsk Krai, Barat Rusia. : KitaReporterts
BERANI sanggup turun jauh ke bawah semata-mata mencari sudut yang sesuai untuk menghasilkan swfoto yang sempurna. - Kredit foto: DailyMail.com
Memetik
portal prmira.ru, wanita berusia 34 tahun itu dikatakan menyertai ekpedisi
pendakian bersama beberapa rakan yang lain.
Namun ketika
tiba di puncak, dia berhenti seketika dan membiarkan rakan-rakan kumpulannya
meneruskan perjalanan kerana mahu berswafoto di sebuah lokasi cantik
di puncak bukit berkenaaan.
Disebabkan
tidak puas hati mencari posisi yang cantik, Eugenia terus menuruni cerun
yang tinggi semata-mata mendapatkan persekitaran yang cantik.
Bahayaaaa tu!!!
Keberanian
itu hanya diperhatikan oleh rakan-rakan yang lain, manakala ada rakan daripada
kumpulan hanya merakam dari puncak.
BANGKIT terus berusaha untuk mendaki semula selepas tergelincir ke bawah.
Malangnya
ketika menuruni kawasan licin itu dia menggelongsor berikutan ke bawah namun berusaha mendaki semula.
Aduhhhh
beraninya dia!!!
Sayang usaha
untuk sampai ke atas tidak kesampaian apabila laluan tersebut licin menyebabkan
dia sekali lagi tergelincir sebelum hilang daripada pandangan.
TERGELINCIR lagi selepas cuba mencuba untuk naik ke atas semula sebelum hilang daripada pandangan mata.
Keadaan itu mencetuskan panik kerana kawan-kawannya menjerit, namun tiada siapa yang berani memberi pertolongan sebelum ada yang menghubungi bantuan.
Pasukan penyelamat akhirnya berjaya membawa keluar mayat tersebut.
Tak salah nak selfie tapi keselamatan perlu dititik berat. - KitaReporters