Doa kekawan: Erra Fazira pulih denggi! Dah dibenarkan pulang
Published by
KitaReporters
--title--
SELEBRITI Erra Fazira, 46, yang dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya pada Khamis, 23 Julai 2020 lalu akibat demam denggi, kini semakin pulih dan telah dibenarkan pulang semalam Khamis, 30 Julai 2020. Alhamdulillah... semoga Erra terus sembuh dan kembali sihat. : KitaReporters
Erra Fazira menerima kunjungan rakan artis, Norman Hakim, Abby Abadi dan Memey. - Kredit foto: IG errafazira
Lagi cerita-cerita mengenai Erra Fazira:
https://kitareporters.com/search?search=Erra+Fazira
Dalam satu entri yang dikongsi dalam Instagram miliknya, Erra Fazira mengucapkan syukur kerana semakin pulih daripada demam denggi yang dialaminya.
"Alhamdulillahhhhh. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesembuhan saya.
"Syukur platelet dah ada peningkatan. Dah boleh balik dan monitor dari rumah.
Erra Fazira berfoto kenangan dengan para jururawat yang merawatnya
"Terima kasih kepada Dr Shamsul dan nurses (para jururawat) yang sangat baik melayan saya sepanjang berada di dalam hospital. Moga Allah membalas kebaikan semua," tulis Erra pada entri dalam Instagramnya itu.
Betty Benafe turut mengucap kata-kata semangat
Erra turut mengucapkan terima kasih kepada teman-teman yang menziarahnya di hospital. Antaranya Norman Hakim dan isteri, Memey dan jandanya, Abby Abadi serta Betty Benafe.
"Terima kasih kawan-kawan yang sempat hadir ziarah. Maaf bukan tak kasi kawan-kawan datang, tapi dengan keadaan Covid-19, tidak digalakkan datang ziarah ramai-ramai.
"Yang penting titipan doa kalian sangat-sangat bermakna buat saya.
"Love all of you to the moon and back," coret Erra berserta beberapa keping gambar bersama mereka yang sempat datang menziarah.
Erra Fazira dirawat selama seminggu di sebuah pusat perubatan
Khamis minggu lalu, Erra dimasukkan ke hospital selepas mengalami demam sejak tiga hari sebelumnya yang menyebabkan sejumlah kegiatannya perlu ditunda. - KitaReporters
1
1
0
0
0