Video| Aniaya anak usia 2 tahun! Paksa hisap rokok sampai batuk! Bagi pujuk bekas isteri rujuk!
Published byBapa durjana! Bekas isteri enggan rujuk menyebabkan si lelaki yang dikenali sebagai SM, 27, melampiaskan kemarahannya terhadap anak lelaki yang baru berusia 2 tahun termasuk memaksa budak itu menghisap rokok sehingga terbatuk-batuk.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan rokok
SM (dalam bulatan) mengaku khilaf dan tidak akan mengulangi kesalahannya. - Kredit foto: Tribun Medan
Menurut Ketua Polis Daerah Labuhanbatu, AKBP Deni Kurniawan kepada Tribun Medan pada Jumaat 27, Ogos 2021, pasangan itu baru bercerai pada 3 Ogos 2021. SM yang gila talak cuba memujuk bekas isterinya, yang dikenali sebagai NH, untuk rujuk kembali.
Sebagai langkah memaksa, SM menganiaya anak mereka termasuk memaksanya menghisap rokok hingga terbatuk-batuk.
Video itu ditular oleh SM dalam media sosial dan turut dilihat oleh NH. Lalu NH datang secara diam-diam ke rumah SM. Dia secara curi-curi merakamkan keadaan anaknya yang calar balar dan kemudian membuat laporan polis.
Sebelum ini, NH meminta hak penjagaan anak mereka, namun SM sentiasa mengelak.
Kredit foto: Detiknews
Sementara itu SM dalam sidang media di balai polis Labuhanbatu, dengan muka tertunduk, meminta maaf atas kekhilafannya dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahannya.
"Saya meminta maaf sebesar-besarnya kepada anak saya dan keluarga serta masyarakat Indonesia.
"Kerana saya telah melakukan perkara yang tidak baik kepada anak saya, mohon dimaafkan sebesar-besarnya," katanya dalam sidang media itu. - KitaReporters