DUA orang cucu dan datuk mereka yang menetap di Kampung Sentua 1, Perlis masih mengharapkan sinar baru dalam hidup mereka selepas kejadian kebakaran rumah pada Mac 2020Harun Nayan berusia 75 tahun yang tinggal bersama dua orang cucunya Mohd Amir Ashraf Hafidzin, 15, dan Alif Zafuan, 10, hanya sempat menyelamatkan diri semasa kejadian itu. : KitaReporters

Harun Nayan (kiri) bersama dua orang cucu, Mohd Amir Ashraf Hafidzin (kanan) dan Alif Zafuan yang tinggal bersamanya menantikan sinar Syawal dalam hidup mereka.


“Saya menarik dua orang cucu saya dan memanggil anak saya untuk keluar dari rumah apabila api mula merebak di dalam rumah," katanya ketika menerima kunjungan Presiden Kelab Chapter Anak Perlis (KCPs) Universiti Utara Malaysia (UUM) Muhammad Tasnim Abd Razar.

Dalam kejadian itu, barangan elektrik seperti kipas, television, tilam dan bantal semuanya hangus.

Namun kesedihan mereka terubat apabila penduduk kampung, pihak sekolah dan Baitulmal negeri turut membantu menghulurkan sumbangan barangan makanan dan pakaian.

Menurut Harun lagi, kedua-dua cucunya tinggal bersama setelah ibu bapa mereka berpisah.

Muhamad Tasnim (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan keperluan dapur kepada Mohd Amir Ashraf Hafidzin.


Kemungkinan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac 2020, maka usaha untuk membersihkan rumah dan membaikinya tertangguh.

Oleh itu, Harun berharap sebelum mentari Syawal, rumahnya akan dapat dibaiki dan memberi keselesaan kepada dua cucunya itu.

Sementara itu, Muhammad Tasnim ketika ditemui berkata, sumbangan keperluan barangan dapur yang disampaikan oleh KCPs itu diharap dapat meringankan beban keluarga ini.

"Saya dan rakan-rakan lain akan cuba membantu untuk membersihkan rumah ini sebelum syawal menjelang," ujarnya lagi.

Muhammad Tasnim yang juga Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi berharap rakan-rakan alumni sekolah turut membantu keluarga Mohd Amir Ashraf yang belajar di tingkatan tiga sekolah itu.

Kebakaran memusnahkan barangan elektrik.


Mereka yang ingin menyumbang kepada keluarga ini boleh menghubungi talian 0174161900 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam 09-010-02-090332-8 (Haron Nayan). - KitaReporters 

Semua pakaian dan katil musnah dalam kebakaran itu.

1
0
8
0
0

Copy Link: