SOPAN SOPIAN dirawat di hospital selepas badannya melecur akibat disiram air panas oleh isterinya di rumahnya di Kampung Bingkuang, Desa Teras, Carenang pada 4 Jun 2021. - Kredit foto: TribunBanten. 


AKIBAT merasakan dirinya selalu dianiayai suaminya menyebabkan seorang isteri naik angin dan sanggup menyiram air panas yang  sedang mendidih sehingga melecur pada badan suaminya yang sedang tidur di atas kerusi sofa pada kira-kira pukul 10.00 malam pada Jumaat, 4 Jun 2021 lalu.

Suri rumah terbabit yang hanya dikenali sebagai Suk, 31, berbuat demikian kerana menganggap suaminya yang bernama Sopan Sopian , 36, tidak memberi nafkah yang mencukupi untuk perbelanjaan dirinya dan tiga orang anaknya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penderaan

SUK sedang disoal siasat oleh pegawai polis di Balai Polis Carenang.- Kredit Foto : Tribunnews.com


Dalam kejadian di Kampung Bingkuang, Desa Teras, Kecamatan (mukim) Carenang, Kabupaten (daerah) Serang, Jawa Barat, Indonesia,  wanita itu bertambah marah lagi apabila Sopan tidak pulang rumah mereka selama dua hari berturut-turut

Setelah suaminya pulang ke rumah pada hari tersebut Sopan hanya memberi wang perbelanjaan kepada Suk sebanyak Rp30 ribu (kira-kira RM8.65).

Menurut Suk, dengan wang sebanyak itu, sememangnya tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga mereka dan sebelum pada itu, suaminya selalu memberi hanya sedikit wang pada Suk.

``Saya sudah curiga dengan tingkah laku suami saya dan apatah lagi pada hari itu pun dia (Sopan) tidak pulang rumah selama dua hari. 

``Akibat saya merasa diri saya dan anak-anak selalu dianiayainya selama ini menyebabkan kami bergaduh pada hari itu (4 Jun 2021) dan selepas bergaduh saya ke dapur untuk memasak air panas dan dia (suami) ketika itu sedang berbaring di atas kerusi sofa di rumah,’’ kata Suk.


SUK yang didakwa menyiram air panas terhadap suaminya selepas merasa dirinya selalu dianiaya suaminya. - Kredit foto: Tribunnews.com 



Wanita itu menyatakan demikian ketika memberi keterangan punca kejadian kepada pihak polis seperti dilaporkan oleh Tribunnews.com pada 7 Jun 2021.

Menurut Suk lagi, akibat sakit hatinya terhadap Sopan, selepas air itu siap masak lalu dia menyiram air panas itu ke tubuh suaminya semasa itu mangsa sedang tidur di kerusi sofa.

Selepas kejadian itu, Suk melarikan diri bersama tiga orang anaknya ke rumah sanak saudaranya yang terletak tidak jauh dari rumahnya.

Manakala Sopan yang melecur pada muka, dada, perut dan kakinya dihantar ke Pusat Kesihatan Masyarakat (Pukesmas) berdekatan sebelum dihantar ke Hospital Dr Dradjat Prawiranegara untuk rawatan selanjutnya.


AHLI keluarga Sopan Sopian datang ke Balai Polis Carenang untuk menarik balik laporan kes Suk yang menyiram Sopan Sopian pada 8 Jun 2021. - Kredit Foto : Refenrasi Berita


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Carenang, Inspektor Polis Satu (IPTU) Samsul Fuad berkata polis telah menangkap Suk pada hari kejadian tersebut.

Bagaimanapun, menurut Referensi Berita pada 9 Jun 2021 melaporkan, keluarga Sopan iaitu suami yang disiram air panas oleh isterinya telah datang ke Balai Polis Caraneng untuk menarik balik laporan polis yang sebelum ini mengenai kejadian berkenaan.

Samsul dipetik berkata, kes penyiraman air panas ke atas Sopan yang berlaku di Kampung Bingkuang telah selesai dan berakhir dengan persetujuan serta berdamai daripada keluarga mangsa.

Beliau berkata, laporan berkenaan ditarik balik kerana pihak isteri telah meminta maaf kepada mangsa dan juga diberi pertimbangan terhadap anak-anak yang masih kecil sangat memerlukan kasih sayang daripada seorang ibu.

Ini kerana jikalau Suk disabitkan dengan kesalahan tersebut kemungkinan wanita terbabit akan dikenakan hukuman penjara beberapa tahun yang secara tidak langsung akan memisahkan hubungan antara seorang ibu dengan tiga orang anak yang masih kecil itu.

``Ia diselesaikan secara musyawarah oleh ahli keluarga Sopan yang datang ke Balai Polis pada 8 Jun 2021),’’ kata Samsul. - KitaReporters 


3
1
0
5
0

Copy Link: