Takdir pengantin baharu! Nak tolong mangsa kemalangan! Tetapi dirinya dirempuh sebelum meninggal!
Published byMAYAT Syarurazi Kaharudin berada di belakang kereta Myvi. - Kredit foto: Media Sosial
AJAL itu rahsia Allah, kadang-kadang pagi kelihatan sihat bugar lagi tapi petang dah kembali kepada pencipta-Nya. Semua itu ketentuan Yang Esa. Kita sebagai manusia hanya merancang tetapi Dia menentukan!
Begitu juga nasib pembancuh air minuman dari Melaka yang meninggal dunia hanya kerana hanya mahu membantu mangsa kemalangan melibatkan individu lain di jalan raya. Namun takdir menentukan, dia pula dijemput Illahi!
Lebih menyedihkan, Syarurazi Kaharudin baru mendirikan rumah tangga kira-kira sebulan lalu.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kemalangan maut
SYARURAZI KAHARUDIN
Dalam kejadian pada Rabu, 10 November 2021 lalu, lelaki berusia 23 tahun itu dipercayai maut di tempat kejadian akibat dirempuh sebuah kereta.
Mangsa dikatakan memberhentikan kenderaan bagi menolong individu yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Tun Hamzah di bandar Melaka. Malangnya, niat murni itu meragut nyawanya sendiri!
Syarurazi yang sedang membantu mangsa dikatakan didatangi sebuah kereta Myvi yang dipandu oleh wanita lalu merempuh dirinya menyebabkan dia mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
KERETA Myvi terbabas akibat pemandunya dipercayai mengantuk sebelum melanggar Syarurazi dalam kejadian kamalangan di Jalan Tun Hamzah, Melaka. - Kredit foto: Media sosial
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Supritendan Hasan Basri Yahya berkata, Syarurazi yang dalam perjalanan ke warungnya berhenti di lokasi kemalangan untuk membantu mangsa yang terlibat kemalangan selepas melihat kemalangan membabitkan kereta Proton Saga dari Ayer Keroh ke Duyong.
"Ketika mendekati lokasi kemalangan dia berhenti untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa kemalangan namun tanpa disedari dia didatangi sebuah kereta jenis Myvi dalam keadaan laju dan meluru ke arahnya.
‘’Hasil siasatan mendapati pemandu wanita yang membawa seorang anak perempuan berumur lapan tahun itu dipercayai mengantuk sebelum kenderaannya terbabas dan melanggar lelaki berusia 23 tahun itu,’’ katanya.
\
kredit foto : Media Sosial
Akibat rempuhan itu mangsa yang bekerja sebagai pembancuh minuman popular coconut shake meninggal dunia di tempat kejadian berikutan kecederaan parah pada kepala.
Bagaimanapun pemandu Myvi yang merupakan seorang wanita pekerja kilang tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Dua beranak di dalam Myvi pula hanya mengalami luka-luka pada bahagian muka dan pada jari serta tangan," kata Hassan Basri. - KitaReporters
Gambar kenangan yang menunjukkan Syarurazi bersama isteri pada hari perkahwinan mereka kira-kira sebulan lepas. - Kredit foto: Media sosial