Video| 23 tahun tak pernah potong rambut! Jururawat bangga miliki rambut panjang cecah buku lali!

Published by
KitaReporters

RAMBUT Anzhelika Baranova terurai cantik biarpun 23 tahun tidak pernah menjejak kaki ke salun. 


RAMBUT adalah mahkota bagi seorang wanita, ia merupakan bahagian paling berharga untuk kaum Hawa, tanyalah sesiapa sahaja pasti seronok apabila melihat  rambut yang cantik dan sihat.

Golongan ini biasanya sanggup menghabiskan duit sendiri semata-mata mahu memastikan mahkota itu kekal kelihatan cantik dan sihat.

Atas dasar itu, seorang  jururawat muda dari Irkutsk, Rusia rela menyimpan rambut dan tidak memotong rambut selepas usianya lima tahun. Kini rambut Anzhelika Baranova, telah mencecah ke paras buku lali.


"Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kecantikan

Jururawat ini sentiasa membelai rambut dan langsung tidak rasa terbeban .


Berkongsi pengalaman unik dirinya, Anzhelika berkata, kali terakhir dia memotong rambut ketika usianya lima tahun pada tahun 1998.

"Ketika itu ibu yang memujuk untuk saya memotong, kalau diikutkan hati, saya memang sayangkan dan tidak akan  memotongnya,"ujarnya jururawat cantik yang kini bertugas di sebuah pusat perubatan di bandar Irkutsk.


Kalau diikutkan hati, Anzhelika tidak sanggup memotong rambut namun terpaksa atas desakan ibunya.


Cerita wanita cantik itu, pengalaman memotong rambut adalah kenangan perit buatnya dan tidak mahu dingat lagi.

“Saya masih teringat lagi, sewaktu itu saya seperti mahu menangis kerana terlalu sayangkan rambut, dan nekad itu adalah kali terakhir untuk saya potong rambut,"ujarnya.

Tambahnya lagi, biarpun 23 tahun berlalu dan tidak menjejak kaki ke salun namun tidak menjadi masalah kepadanya untuk menguruskan rambutnya yang panjang itu setiap masa.



Anzhelika memberitahu, dia sentiasa memastikan penjagaan mahkota didahulukan malah menjadi rutin kepada untuk mencuci rambut dua kali seminggu.

"Ini semua dilakukan bagi memastikan rambut saya sihat walaupun dalam keadaan panjang.

“Saya mengeringkan rambut saya secara hati-hati kemudian saya sikat rambut supaya tidak kusut dan kelihatan bersinar sepanjang masa,’’ katanya.


 

Anzhelika digelar 'Rupenzel Rusia' berikutan memiliki rambut yang panjang dan bersinar.


Anzhelika percaya rambut yang panjang itu memang indah dan dia amat menyukai rambutnya yang berwarna keemasan itu.

Lantaran itu, memiliki rambut yang panjang  dia digelar sebagai ‘Rapunzel Rusia’  memiliki rambut yang cantik selain tidak pernah memotong rambut selama 23 tahun.

“Saya bangga mempunyai rambut sebegini dan saya tidak pernah menghadapi masalah untuk merawat rambut yang panjang itu dan rambut saya selalu diikat dengan rapi ketika bertugas.

“Kadang-kadang saya rasa rimas kerana sering menjadi perhatian ketika berada di tempat awam, namun saya tetap berbangga dapat memiliki rambut warna keemasan yang cantik dan lebat,’’ tambahnya lagi.- KitaReporters


Tidak pernah merasakan beban walaupun memiliki rambut yang panjang dan memerlukan penjagaan yang sempurna.

12
9
0
14
1

Copy Link: