Shafruddin Sli Husin ketika muncul dalam siaran program TOP di Didik TV KPM


ALHAMDULILAH Cikgu telah bebas daripada COVID-19 dan potong gelang (pada 17 Mei 2021). Terima kasih di atas doa sahabat semua,” kata Ketua Nazir Jemaah Nazir, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Shafruddin Ali Hussin.

Katanya, cuma Cikgu cuti menghilangkan stres sambil berharap semua pihak perlu anggap COVID-19 ini sebagai satu yang serius kerana kita tidak tahu siapa pembawanya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Kementerian Pendidikan (KPM) 


Shafruddin Ali Hussin berpakaian seragam hospital ketika di rawat di HSNZ Kuala Terengganu pada Januari 2021


Shafruddin yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu berkata, pengalaman beliau berhadapan sebanyak dua kali positif COVID-19 amat menyeksakan dalam situasi berlainan.

Beliau berkata pengalaman pertama pada 8 Januari 2021, beliau berhadapan dengan masalah kesihatan, ketakutan, stres dan ketegangan emosi.

Manakala kali kedua pada 3 Mei 2021 lalu, pengalaman hampir sama apabila tekanan fizikal, mental, kecurigaan dan stres membelenggu kehidupannya.


Kenangan yang tidak dapat dilupakan ketika menjadi pesakit COVID-19 kali pertama di HSNZ Kuala Terengganu


“Apa yang kita perlu buat adalah patuhi SOP kerana kehidupan tetap perlu diteruskan dalam keadaan apa pun , jadi dengan patuhi SOP dan sentiasa berdoa insya-Allah kita ada peluang yang lebih tinggi untuk selamat," katanya menceritakan pengalaman dua kali berhadapan dengan COVID-19

Shafruddin yang juga bekas Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu berkata, kali pertama awal Januari 2021 dia disahkan dijangkiti COVID-19 dan selepas lima bulan kemudian dia sekali lagi terpaksa akur apabila disahkan jangkitan pandemic berkenan pada 10 Mei 2021.

Beliau berkata, kali pertama positif COVID-19 pada 9 Januari 2021 lalu, puncanya tidak pasti, berkemungkinan diperoleh daripada rakan mesyuarat atau ahli jemaah surau.

Katanya, sebelum tarikh itu, tekaknya merasa perit, hilang deria bau dan rasa, badan mula gementar, beliau hampir demam tetapi masih lagi di bawah suhu 37.5.



“Bimbang dengan keadaan itu, cikgu ada menghubungi kenalan di Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT),  bertanya hal berkaitan, bagaimanapun rakan seakan menafikan, sebaliknya mendakwa mungkin demam denggi," katanya.

Menurutnya, disebabkan tekak semakin sakit, Cikgu memilih untuk membuat ‘swab test’ (ujian calitan) di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

“Cikgu minta jasa baik petugas berkaitan agar menyegerakan keputusan kerana ada mesyuarat  penting di Ipoh pada keesokan harinya,” katanya.

Beliau berkata, keputusan yang diperoleh selepas tiga jam swab test sangat mengecewakan sedangkan dia tidak bersedia untuk menerima ujian seberat itu.

“Cikgu dipantau pegawai perubatan HSNZ kerana oksigen mula turun di bawah 95 peratus dan doktor menyatakan  kemungkinan ada pembekuan darah,” katanya.

Beliau berkata, tiada rawatan khas, hanya diminta melakukan senaman dan latihan penafasan, di samping perlu makan vitamin C dan pil Wuhan secara berkala dan beberapa prosedur rawatan lain yang perlu diikuti,” katanya yang disahkan negatif COVID-19 selepas sepuluh hari bertarung dengan virus berbahaya itu.



Shafruddin berkata, belum pun melepasi tempoh enam bulan bebas daripada jangkitan COVID-19, dia terpaksa reda dengan ujian buat kali kedua pada 10 Mei 2021 di mana sebelum itu mempunyai kontak rapat dengan jurusolek program televisyen.

Katanya, positif kali kedua tidak bergejala kecuali kadar darah dan gula dalam badan tinggi.

“Waktu itu, Cikgu jadi seakan bingung dan keliru kerana ada pihak tertentu menyatakan, sekiranya sesorang itu telah dijangkiti virus COVID-19, kadar kebolehan jangkitan untuk kali kedua sangat rendah,” katanya.

Bagaimanapun katanya, Cikgu reda dengan ujian Allah dan menganggap semuanya ada hikmah.

“Cikgu merancang bercuti mulai Jumaat 7 Mei 2021 dan dijangka menerima vaksin kedua pada 9 Mei 2021. Telah divaksin dengan dos pertama pada 11 April 2021 yang lalu," katanya.

Tetapi pada petang 6 Mei 2021, Cikgu mendapat makluman jurusolek yang menyolek Cikgu selama dua minit pada malam 3 Mei 2021 bagi rancangan TOP Didik TV KPM (jurusolek pakai mask) itu positif COVID-19.

Katanya, sebagai langkah proaktif dikgu melakukan swab test di HSNZ pada jam 2 pagi pada 7 Mei 2021 dan dipakaikan gelang sebagai kontak rapat.

Selepas itu, katanya, pada 10 Mei 2021, beliau dimaklumkan positif COVID-19 kali kedua (tahap satu tanpa gejala) dan diminta kuarantin diri di bilik tanpa boleh keluar hingga 16 Mei 2021.

“Syukur pada 17 Mei 2021, Cikgu disahkan bebas COVID-19,” katanya. - KitaReporters


 

Shafruddin bersyukur beliau disahkan bebas COVID-19 bagi kali kedua pada 17 Mei 2021.

2
4
4
1
0

Copy Link: