Hari Penderma Darah Sedunia: Tengku Hassanal derma darah! Siapa bertuah dapat darah putera raja?
Published byPemangku Raja Pahang derma darah! Siapakah yang bertuah dapat darah putera raja ini?
Itu antara bualan warganet apabila Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk menderma darah di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang pada Isnin, 14 Jun 2021.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Tengku Hassanal
Pemangku Raja Pahang yang memiliki kumpulan darah AB Positive mengambil inisiatif itu sempena sambutan Hari Penderma Darah Sedunia yang jatuh pada setiap 14 Jun.
Untuk rekod, Hari Penderma Darah Sedunia mula dianjurkan pada 2005 oleh Persatuan Kesihatan Sedunia iaitu Persekutuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa untuk meningkatkan kesedaran umum mengenai keperluan keselamatan darah dan produk darah demi menyelamatkan nyawa.
Pemangku Raja Pahang turut berkongsi momen bersejarah itu dalam laman Instagram (IG) baginda agar seluruh rakyat mengambil peluang ini bagi menyumbang bakti kepada agama, bangsa dan negara melalui derma darah.
Baginda juga menitipkan ucapan Selamat Hari Hari Penderma Darah Sedunia dalam hantaran IG itu sebagai satu seruan kepada masyarakat untuk sama-sama menyokong usaha itu.
Berikutan itu rata-rata warganet amat berbangga dan terharu dengan keperibadian baginda yang seharusnya menjadi contoh terbaik kepada rakyat terutama golongan muda.
Ada juga yang menzahirkan rasa teruja dengan meninggalkan komen siapakah insan bertuah yang bakal memiliki darah raja itu. - KitaReporters