Rindu kepada ibu bapa! Pemuda nekad redah lautan sendirian!
Published byBAGI pasangan yang bercinta, api dan lautan sanggup ku redah demi membuktikan cintanya yang sedang membara. Perkara serupa turut
berlaku kepada seorang pemuda di Sepanyol yang sanggup belayar di lautan sendirian hampir
tiga bulan demi kerinduan kepada ibu bapanya, yang berada di Argentina. : KitaReporters
MISI BERJAYA... Juan Manuel Ballestero teruja selepas tiba di pelabuhan selepas 85 hari berlayar sendirian demi orang tuanya. - Kredit foto: Bangokpost.com
Memetik Bangkokpost.com, pemuda berkenaan sanggup melalui cabaran tersebut demi membuktikan kasih sayang dan kerinduan kepada kedua-dua orang tuanya yang mengatasi segala-galanya.
Inilah anak yang soleh sanggup apa sahaja demi orang tuanya sendiri.
Juan Manuel Ballestero, 47, mengambil keputusan
untuk berlayar ke kampung halamannya di Mar del Plata, Argentina selepas
penerbangannya dibatalkan berikutan krisis wabak Koronavirus (Covid-19).
BALLESTERO nekad merentasi 12,000 kilometer menggunakan bot layar 'skua' bersaiz sembilan meter.
Ingat ke orang bercinta je ke yang sanggup melakukan
apa sahaja???
Tapi ini lagi mulia!!! Sanggup meredah lautan demi ibu
bapa sendiri.
Pemuda berusia 47 tahun itu dan mencari rezeki di Sepanyol sanggup berlayar merentasi 12,000 kilometer secara solo selama 85
hari.
Bukan sekejap tempoh tu hampir tiga bulan jugak!!!
Setibanya Ballestero di destinasi, dia terus
mengangkat tangan sambil menyatakan “misi berjaya, saya berjaya melakukan”!!!
Wah cekal tul!
BALLESTERO merancang untuk tiba di kampung halaman pada hari ulang tahun bapanya tetapi berdepan masalah menyebabkan dia tiba ke kampung pada hari bapa.
Katanya dia sebelum ini merancang pulang ke kampung halaman menaiki penerbangan, namun berputih mata berikutan semua penerbangan dibatalkan berikutan Covid-19.
Bagaimanapun Ballestero tidak terus berdiam diri sebaliknya
mencari ‘jalan lain' untuk bertemu orang tuanya yang sudah lanjut usianya.
Dia kemudian nekad merentasi 12,000 kilometer
bersendirian dengan menggunakan bot layar 'Skua' bersaiz sembilan meter.
Sebaik tiba di pelabuhan di Mar del Plata dia terus bergegas ke kampung untuk menemui ibunya Nilda, 82, dan bapanya, Carlos, 90.
Terdahulu, dia merancang mahu tiba di kampung halamannya pada 15 Mei 2020 bagi menyambut ulang tahun kelahiran bapa yang ke-90, tetapi berdepan beberapa masalah menyebabkan tiba di kampung halaman pada Hari Bapa dan sempat meraikan beramai-ramai bersama ahli keluarga terdekat.
Tentunya itulah momen yang paling bahagia sekali bagi si bapa apabila dapat berkumpul beramai-ramai bersama semua anaknya. - KitaReporters