BIAR betul? Kucing pun jadi mangsa seks? Begitulah yang dilaporkan sebuah akhbar ‘Daily Star’ apabila kucing yang pulang ke pangkuan pemiliknya selepas dikatakan hilang sejak tiga hari dipercayai cedera akibat serangan seksual. Ini 'binatang' jenis apa yang lakukan penderaan seksual terhadap kucing!!! - KitaReporters

Zoe mangsa siapa? - Kredit gambar: Szymon Piwowarski.


Lagi cerita-cerita mengenai kucing:

https://kitareporters.com/search?search=kucing


Kucing biru berbadan pendek baka Inggeris berusia kira-kira 18 bulan yang dinamakan Zoe itu dilaporkan hilang sejak 4 Ogos 2020 dari sebuah rumah di kawasan Watford’s Vicarage Road, England.

Sebaik sahaja kucing peliharaan itu muncul semula ke pangkuan pemiliknya, haiwan kesayangan itu dibawa segera untuk mendapatkan rawatan doktor haiwan  tetapi malangnya kecederaan yang dialami menyukarkan ia untuk diselamatkan.

Salah seorang pemiliknya yang bernama Szymon Piwowarski melalui laman sosial Facebook meluahkan rasa sedih di atas kejadian yang menimpa kucing kesayangannya itu.

“Saya sangat sedih untuk mengatakan bahawa kucing saya telah diperkosa oleh manusia atau binatang besar di sekitar hospital Watford minggu lalu. Dia hilang sejak Selasa lalu dan yang  peliknya dia biasanya selalu pulang ke rumah untuk makan tengah hari jika dia keluar,” tulis Szymon.


Bercerita lanjut, Szymon memberitahu kaki, ekor dan dubur kucingnya itu berlumuran darah bercampur lumpur dan sejenis cecair. Tambahnya, Zoe hanya mampu bertahan tiga hari sebelum doktor pakar terpaksa memberikannya ubat untuk ‘tidurkan’ dia selamanya.

Szymon menambah kata, adalah mustahil untuk mengumpulkan bukti DNA dari badan Zoe kerana "kecederaan dan kerapuhannya".

“Zoe adalah kucing pemalu yang jarang mengembara jauh. Dia selalu berada di laman rumah dan mengawasi sekitar jika kita ada bersamanya malah jika merayau pun dia akan kembali selepas tiga atau empat jam kemudian,” tambah Szymon.

"Kadang-kadang dia akan melepasi pintu belakang laman jika bola yang dia sedang bermain bergolek ke situ,” ujar Szymon sambil memberitahu kucingnya itu tidak suka mendekati orang yang tidak dikenalinya.


Kejadian yang menimpa Zoe telah dimaklumkan kepada Pasukan Kejiranan Watford Safer (kira macam pasukan Rukun Tetangga lah).

Pun begitu, dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang jurucakap polis dari Hertforshire melaporkan menerima laporan dari pemilik kucing berkenaan terhadap salah laku terhadap haiwan kesayangannya itu, namun khabarnya masih belum ada maklumat sahih mengenai pelaku sama ada perbuatan manusia atau pun haiwan lain yang lebih besar.

Jika benar diperkosa oleh manusia, tidak tahulah apa yang merasuk manusia bertopengkan syaitan yang sanggup mencederakan haiwan kesayangan ramai ini. - KitaReporters

3
0
8
0
5

Copy Link: