KERJA amal memang sesuatu yang baik untuk dilakukan. Malah terdapat pihak yang sanggup melakukan kerja amal dengan melakukan cabaran ekstrem yang boleh membahayakan diri sendiri. Itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki Perancis yag ingin memungut sumbangan amal untuk pesakit kanak-kanak yang menghadapi penyakit kanser. : KItaReporters


Sanggup lakukan aksi ekstrem demi membantu pesakit kanser. - Kredit foto: India Today


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan aksi ekstrem:

https://kitareporters.com/search?search=ekstrem


Untuk tujuan kutipan amal itu, dia sanggup melakukan cabaran ekstrem bagi memecahkan rekod dunia direndam dalam ais.

Romain Vandendorpe berjaya memecah rekod dunia dengan duduk di dalam kiub ais sebanyak satu tan dalam masa paling lama. Ia disaksi oleh 50 orang penonton. Aksi bermula jam 3:18 petang (15:18) dan berakhir jam 5.49 petang (17:49).

Romain senyum ketika menjalankan aksi ekstrem ini. - Kredit foto: India Times



Cabaran ekstrem yang dilakukannya itu bagi mengumpul dana untuk kanak-kanak yang menghidap kanser.

Petugas kesihatan berusia 34 tahun ini merendam dalam kabin kaca dipenuhi kiub-kuib ais sehingga ke paras leher selama dua jam, 35 minit dan 43 saat.Tempoh itu memecah rekod terdahulu dengan 40 minit.

Romain melakukan cabaran tersebut di bandar Wattrelos di utara Perancis, pada 19 Disember 2020 lalu.


Romain menerima sokongan daripada kira-kira 50 orang penonton. - Kredit foto: India Today


Dia yang bertugas sebagai anggota paramedik itu memutuskan untuk berada di dalam ais selama mungkin.

Sebelum memulakan aksi ekstrem itu Romain sudah menjalankan beberapa latihan di tempat sejuk dan melakukan latihan kawalan pergerakan diri dan konsentrasi.

Bagi sumbangan amal ini, orang ramai boleh memberi sumbangan sebanyak satu euro (kira-kira RM5) bagi setiap minit rendaman ais yang dilakukan.  

Sumbangan amal cara rendaman dalam ais ini dimulakan setelah seorang kanak-kanak yang mengalami kanser otak meninggal dunia dua tahun lalu. - KitaReporters


Romain dibantu untuk keluar daripada kubik berisi ais selepas bertahan lebih dua jam. - Kredit foto: India Today

1
0
0
0
0

Copy Link: