Dalam  media sosial sejak dua menjak ini kecoh kisah warga asing menerima vaksin dilayan dengan baik dan mesra sedangkan mereka juga manusia yang perlu dihormati bukannya dipandang hina di negara kita, kerana mereka berada di Malaysia untuk mencari rezeki yang halal.

Perkara tersebut telah menjadi buah mulut rakyat Malaysia apabila tular sebuah video didakwa menunjukkan seorang petugas kesihatan dilihat bercakap kasar dengan lelaki warga asing semasa memberi suntikan vaksin.

Ini kerana semasa menerima suntikan vaksin tersebut, lelaki ini ingin merakam momen kenangan, namun disindir oleh petugas kesihatan di sebuah PPV. Oleh kerana kes ini, ia menjadi tajuk bualan hangat berhubung layanan petugas kesihatan kepada warga asing.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan layanan


Tetapi tidak semua petugas kesihatan mempunyai sikap sebegitu kerana masih ada antara mereka yang sangat baik semasa melayan pekerja warga asing yang menerima vaksin.

Baru-baru ini dalam TikTok, seorang warga asing telah meletakkan sebuah video di mana beliau sedang menerima vaksin Covid-19. 

Kelihatan petugas kesihatan yang melakukan suntikan bercakap dengan lelaki ini dengan sangat lembut sebelum melakukan suntikan vaksin dos pertama.



Petugas kesihatan ini juga mengizinkan lelaki ini membuat rakaman tetapi dengan tidak menghala kamera telefonnya ke arah dirinya dengan kata-kata yang sangat sopan.

Sebelum menerima vaksin, petugas kesihatan mengajukan soalan kepada lelaki ini: Adakah kamu seorang Muslim?

Video ini berjaya membuktikan bahawa tidak semua petugas kesihatan tidak berperikemanusiaan. Petugas kesihatan ini mengajak lelaki warga asing ini untuk berselawat sebelum beliau mencucuk vaksin dengan terlebih dahulu membaca Bismillah.

Ternyata saat-saat pertama menerima vaksin dos pertama sangat bermakna buat lelaki ini kerana bertemu dengan seorang petugas kesihatan yang sangat baik.

Dalam ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap petugas kesihatan ini. Rata-rata netizen menyatakan bahawa doktor berkenaan memang baik dengan orang yang hadir untuk mendapatkan vaksin.






Ingat semua! Di dunia ini jangan pernah sesekali membezakan antara satu sama lain dan perlu menghormati tak kiralah kita berbeza kaum, agama ataupun budaya. - KitaReporters

0
0
0
0
0

Copy Link: