Berita Terkini| Penjawat awam digalakkan berwakaf! Secara berkala melalui potongan gaji - PM
Published byBAGI meningkatkan tabungan dana dan aset wakaf negara, satu inisiatif perlu dirangka pada peringkat kerajaan persekutuan untuk menggalakkan penjawat awam berwakaf, khususnya secara berkala melalui potongan gaji.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan
itu antara empat perkara utama yang digariskan bagi memastikan instrumen wakaf
dapat memainkan peranan penting dalam membantu ekonomi negara.
Sehubungan itu, beliau mahu semua ketua setiausaha
kementerian dan ketua jabatan serta agensi peringkat persekutuan memainkan
peranan dalam menggalakkan pegawai dan kakitangan mereka berwakaf.
Katanya, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki
Ali telah meluluskan Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2020 Tatacara Pelaksanaan
Sumbangan Wakaf Tunai Melalui Potongan Gaji Secara Sukarela Bagi Pegawai Awam
yang berkhidmat di Wilayah Persekutuan dan negeri.
“Begitu juga dengan institusi-institusi perbankan dan kewangan dalam membantu mempelbagaikan lagi platform berwakaf," ujarnya yang dipetik oleh Bernama.
Terdahulu, beliau melancarkan Bulan Wakaf Kebangsaan Tahun 2021 di Putrajaya, pada Selasa, 13 April 2021.
Katanya, institusi-institusi kewangan Islam seharusnya
menjadikan wakaf sebagai elemen yang menjadi nilai tambah kepada produk dan
perkhidmatan kewangan mereka. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporters