Video| Ketua polis daerah dukung nenek dapatkan vaksin! Dari rumah ke kereta, ke pusat vaksin!
Published byEdy mendukung Nenek Emah keluar dari kenderaan polis untuk ke pusat vaksin. - Kredit foto: Tribun Jabar
Tular kisah seorang pegawai polis iaitu Ketua Polis Daerah Trumajaya, Polis Metro Bekasi, AKP Edy Suprayitno yang melakukan khidmat masyarakat secara terpuji.
Kemudian dia mendukung wanita tersebut dari kenderaan ke tempat vaksinasi hingga Nenek Emah disuntik. Dan selepas itu didukung semula nenek itu pulang ke rumah.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan nenek
Aksi Ketua Polis Daerah itu mendapat liputan media menyebabkan ia cepat tular.
Ketua Polis Daerah yang masih muda ini mendukung Nenek Emah dari rumahnya di Kampung Tanah Makmur menuju ke kenderaan polis untuk dibawa ke lokasi vaksin di Desa Segaramakmur, Kecamatan Tarumajaya, Kabupaten Bekasi, Jawa Barat.
Kerana faktor usia dan keadaan kesihatannya, Nenek Emah sudah tidak lagi kuat untuk berjalan jauh.
Edy turut bertanya mengenai kesihatan nenek ini. Menurut Edy, Nenek Emah hanya tinggal dengan cucu berusia 13 tahun.
Nenek Emah masih mempunyai anak yang tinggal di daerah Kemayoran, Jakarta namun jarang menjengoknya.
Dalam usia senja, Nenek Emah hidup dengan bergantung belas kasih jiran-jiran.
Edy berpakaian seragam mendukung Nenek Emah menuju ke tempat suntikan tanpa rasa segan diperhatikan oleh orang ramai. - Kredit foto: Tribun Jabar
Menurut Edy kepada Tribun Jabar, tindakannya mendukung warga tua itu bukan untuk mencari publisiti, sebaliknya timbul rasa simpati secara tiba-tiba.
Dia berharap golongan yang berkemampuan dapat membawa golongan berusia dan tidak berkemampuan untuk mendapat suntikan vaksin Covid-19. - KitaReporters