Berita Terkini| Lelaki ditemukan tergantung dalam pondok! Identiti sebenar belum dikenal pasti
Published byGambar hiasan... Lelaki ditemukan tergantung dipercayai telah pun meninggal lebih 24 jam
Seorang lelaki dipercayai berusia 30-an yang belum dikenal pasti identiti ditemukan tergantung dalam sebuah pondok usang bersebelahan rumah burung di Sungai Burong, Bagan Datuk, Perak kira-kira 12.35 tengah hari, pada 23 April 2021.
Lelaki berkenaan ditemui seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang membaca meter elektrik di bangunan bersebelahan selepas terhidu bau busuk.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, pondok tersebut dipercayai menjadi tempat tidur lelaki itu berikutan terdapat pakaian serta tilam bersebelahan tempatnya menggantung diri.
“Lokasi kejadian terletak kira-kira 200 meter dari jalan utama. Pondok berkenaan tiada pintu dan tingkap serta tiada perumahan terdekat selain tiada kamera litar tertutup.
"Pemeriksaan ke atas lelaki berkenaan mendapati tiada sebarang kecederaan luaran pada fizikal dan tiada unsur jenayah ditemui. Dia dipercayai sudah meninggal dunia lebih 24 jam kerana tubuhnya sudah membengkak dan berbau busuk.
“Identiti
lelaki itu masih belum dikenal pasti setakat ini dan bedah disiasat akan
dilakukan di Unit Forensik Hospital Teluk Intan pada 26 April 2021. Kes
diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya dipetik laporan Harian Metro,
24 April 2021. -KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter