DAHLA SUSAH, IBU TUNGGAL DITIPU PELANGGAN!!
Published byIBARAT sudah jatuh ditimpa tangga… Itu situasi seorang ibu tunggal yang kesempitan wang tapi ditipu pula dengan pelanggan pada saat dia baru berjinak menjadi pembeli barangan runcit. Kesian! Sudahlah berdepan masalah hidup ada pula yang tergamak menipu. : KitaReporters
MENGAGIHKAN barangan yang disumbangkan... Zura (baju ungu) antara penerima awal yang menerima sumbangan daripada Mommy Dhal. - Kiriman peribadi Nooralina Ahmad.
Itu nasib seorang
wanita yang dikenali sebagai Zura dari Selayang Baru apabila ‘dianiaya'
seorang pelanggan yang menggunakan perkhidmatannya sebagai seorang runner.
BARANGAN keperluan yang dibeli oleh Nooralina hasil sumbangan orang ramai untuk diagihkan kepada individu yang memerlukan. - Kredit foto: FB Mommy Dhal.
Wanita berusia 47
tahun itu yang bekerja sebagai pembantu kantin di sebuah sekolah agama di Bandar Selayang, Selangor itu mengambil inisiatif dengan mengambil upah membeli
barangan dapur kering dan basah bagi menampung kehidupannya sekeluarga semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan upah sekitar RM5 hingga RM10.
Malangnya, usaha
berkenaan menjadi sia-sia malah dia pula yang kerugian dan ditipu.
BARANGAN yang telah siap dibungkus dan sedia diagihkan kepada mereka yang memerlukan.
Perkara itu dikongsi oleh seorang aktivis masyarakat yang juga Pengasas Mommy Dhal, Nooralina Ahmad yang memberitahu, wanita berkenaan ditipu seorang pelanggan yang mahu menggunakan perkhidmatannya, baru-baru ini.
Kejadian kejam dan
tidak berperikemanusiaan itu bermula apabila Zura dihubungi pelanggan itu
sekitar pukul 2 petang dan meminta dia membeli beberapa barangan dan kemudiannya
menghantar ke rumah pelanggan berkenaan tepat jam 2.30 petang, pada hari yang
sama.
"Dia mahu Zura segera menghantar barangan itu sedangkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, sangat terbatas pergerakan malah untuk ke pasar raya juga perlu beratur panjang.
"Agak sukar untuk wanita itu mendapatkan barangan segera, namun Zura tetap berusaha untuk membeli kesemua barangan itu.
SEHINGGA kini lebih 200 keluarga dan individu yang menerima bantuan daripada Mommy Dhal hasil sumbangan orang ramai.
"Tetapi sebelum 2.30 petang, pelanggan warga tempatan itu menghubungi Zura semula dan bertanya dia di mana.
“Apabila diberitahu barangan yang dipesan sudah dibeli tetapi pelanggan itu membatalkan pesanan dengan alasan Zura mungkir janji dan lambat menghantar," ujarnya sambil menyatakan Zura adalah antara penerima awal dalam agihan barangan keperluan daripada Mommy Dhal.
SUMBANGAN makanan yang siap dimasak juga turut diagihkan kepada golongan yang memerlukan.
Nooralina menjelaskan, perbuatan pelanggan itu amat kejam kerana Zura telah mengeluarkan kos sebanyak RM305.90 untuk membeli barangan yang dipesan, namun pelanggan tidak mahu menerima barangan itu.
"Saya difahamkan lokasi pelanggan itu jauh, namun Zura hanya mengambil upah RM5 sahaja yang saya fikir langsung tidak berbaloi.
"Tetapi
disebabkan sikap manusia yang sebegini inilah orang yang mempunyai kesempitan wang
menanggung pula kerugiaan itu boleh diibaratkan terlalu mewah bagi sesetengah
keluarga dalam tempoh sukar ini," katanya.
WARGA ASING juga antara penerima bantuan berikutan terkesan dengan perintah kawalan Pergerakan yang dilaksanakan sejak 18 Mac 2020.
Nooralina berkata,
Zura sememangnya berdepan kesempitan hidup kerana menjadi ketua keluarga selain
mempunyai beberapa tanggungan termasuk seorang anak angkat.
Namun dia tidak
pernah merayu untuk mendapatkan bantuan sebaliknya menggunakan kudratnya
sendiri bagi menyara kesemua anaknya.
"Dia antara salah seorang ibu tunggal yang cekal dan tidak mudah berputus asa.
"Walaupun tahu sekarang tempoh PKP dia sanggup menjadi 'runner' dengan upah RM5 sahaja. Malah mendahulukan wang sendiri untuk membeli barangan pelanggan," jelas Nooralina.
Malah kejadian ditipu
itu bukan kali pertama yang dialami Zura kerana beberapa hari lalu seorang
pelanggan hanya mengambil sebahagian barangan sahaja walaupun sudah dibeli.
Tergamak sungguh! Langsung
tidak berperikemanusiaan!!
Sementara itu, Nooralina yang juga menjadi pengasas badan NGO menyatakan, ramai ibu tunggal ketika ini terhimpit dengan masalah kewangan sepanjang tempoh PKP.
"Ada keluarga sampai mencatu beras lima kilo yang diderma untuk dimakan sebulan. Ada yang makan nasi berlaukkan gula atau garam.
"Bagi yang
berkemampuan jika anda tidak mahu membantu pun janganlah menyusahkan orang.
Nasib kita tak semuanya sama," katanya.
Mungkin hari ini dia
menghadapi kesusahan mana tahu suatu hari nanti kita pula susah ada tangan lain
yang menghulurkan bantuan.
Semoga usaha Nooralina
terus mendapat sokongan. Tahniah sahabat semoga kerjamu dibalas sebanyak
mungkin oleh-Nya. - KitaReporters