Video| Razeef, Nurul Ain bela ratusan kucing, anjing sakit dan cedera! Ebit Lew beri sumbangan
Published byTIDAK ramai insan yang berhati mulia dan sanggup merawat haiwan terbiar khususnya kucing dan anjing yang sakit dan cedera dengan menyediakan tempat tinggal, rawatan, ubat-ubatan dan makanan untuk haiwan itu. Tetapi pasangan suami isteri Muhammad Razeef Che Shamah, 39, dan Nurul Ain Abdul Hamid, 28, sanggup! : KitaReporters.com
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kucing dan anjing:
https://kitareporters.com/search?search=kucing
https://kitareporters.com/search?search=anjing
Muhammad Razeef dan Nurul Ain sanggup memelihara dan menguruskan 400 kucing dan 11 ekor anjing terbiar yang cedera dan tidak diurus dengan memberi haiwan-haiwan itu tempat tinggal yang agak selesa, penjagaan dan rawatan.
Haiwan-haiwan tersebut dipelihara di sebuah rumah yang dipanggil SI Home Shelter di Shah Alam, selangor.
Ebit turut melihat kandang anjing di pusat jagaan itu.
Namun memandangkan jumlah kucing dan anjing terbiar kian bertambah, dia menyewa sebuah rumah kedai tiga tingkat di Taman UEP, Shah Alam, Selangor.
Nurul Ain bersama Marvela, Jezamine dan Harith Iskander
Razeef bersama anaknya Adam Yusuf
Bagi mereka yang berminat boleh datang ke SI Shelter Home di No 1, Jalan SS 14;8, Taman UEP, 47500, Shah Alam, Selangor, serta menelefon: 013-5131833.
Tokoh amal dan pendakwah bebas, Ebit Lew pada Rabu, 30 Disember 2020 mengunjungi SI Home Care di Shah Alam itu bagi menemui pasangan suami isteri tersebut dan melawat kucing-kucing dan anjing-anjing yang dipelihara di sana.
Ebit turut memberikan sejumlah makanan untuk haiwan itu dan sejumlah wang untuk membantu pengurusan pusat jagaan itu.
Berikut adalah tulisan penuh Ebit dalam FaceBook dan Instagramnya.
"Terharu lihat sepasang suami isteri selamatkan 400 ekor kucing jalanan yang sakit dan 11 ekor anjing. Mereka sewa 3 tingkat unit kedai untuk rawat kucing ini.
"Semalam ramai tag saya bila mereka perlu untuk kos rawatan. Saya melawat SI Home Shelter @nurullainabdulhamid di Shah Alam. Saya bawa sedikit makanan kucing serta beri belanja untuk bayaran rawatan.
"Sedih kasihan kucing semua manja-manja. Comel-comel. Macam-macam penyakit. Ada yang patah kaki. Bulu tiada. Dan penyakit lain. Kasihan lak rasa. Anjing pun sama. Comel dan manja walau tengah sakit.