Pengasuh dari syurga? Bila mak kena kejar dengan penyapu! Anak tak mahu balik dari rumah pengasuh!
Published bySELALU kita dihidangkan dengan kanak-kanak yang didera di rumah pengasuh atau taska. Ada tu sampai mati dan seluruh negara pun meratap kesedihan.
Tapi sekali ada yang menviralkan kes seorang anak yang enggan balik ke rumah selepas dijemput oleh ibu, malah siap "menghalau" ibunya dengan penyapu sehingga menimbulkan geli hati ramai orang yang menontonnya.
Mereka melahirkan rasa syukur dan alhamdulillah betapa bertuah ibu, mendapat pengasuh yang pengasih dan ikhlas menjaga anak-anak kecil sampai enggan balik.
Pelayar TikTok menyifatkan si kecil itu yang sudah rasa sangat selesa di rumah pengasuhnya membuatkan dia tidak mahu balik selepas dipujuk oleh ibunya.
Sehingga dia sanggup berlari masuk ke pekarangan rumah pengasuh, capai penyapu terus menghambat ibunya. Siap dengan tangisan yang bersungguh-sungguh pula itu.
Video itu dipos semula oleh AiNorLegacy dengan kata-kata lucu, "da kena "guna-guna" dengan Mama Pengasuh. Ajak balik pun tak nak." Kemudian mendapat sokongan mak-mak yang menyifatkan kalau dapat pengasuh macam ini, hendak kerja pun senang hati.
"Maksudnya anak kita senang di rumah dia (pengasuh)," kata Azzahra.
Sambil seorang ibu lain pula memberitahu, anaknya memanggil pengasuh itu "mama" dan siap memberi pujian serta membandingkan masakannya dengan mama pengasuh itu dengan kata-kata, "Mama masak sedap. Ibu masak rasa tak sama."
"Dia siap kata ibu dah ada, mama dah ada, mak (nenek) pun ada. Dia kata Umi (ibu sebenarnya) saja takde.",
Kemudian dipersetujui P@p@ Ayra yang memberitahu perangai anaknya pun sama. Sampai saja di lorong rumah pengasuh, anaknya siap sebut dah "nenek" dah.. dah (cukup hantar dia) sebab masa tu saja, dia terus kenal jalan ke rumah pengasuhnya.
Strawberi@Azlina siap bagi tajuklah pula, "Mak ligan anak. (pangkah). Anak ligan mak (betul)."
Setengah netizen lain pula menamakan pengasuh dari syurga sebab anak wanita itu sampai tak sanggup hendak balik rumah sendiri. Bila dijemput, ibunya siap dapat "hadiah" istimewa dihalau dengan batang penyapu.
Ada seorang netizen itu memberitahu, perangai budak-budak itu sudah dilalui maknya yang mengasuh anak jiran di depan rumah mereka. Malam-malam jiran itu akan datang mengetuk pintu rumahnya, suruh maknya bancuhkan susu atas alasan ibunya buat susu tidak sedap dan anaknya enggan minum.
Legasi Kedah pula berkata sikap anak wanita itu jelas membuktikan pengasuh itu menjaga anak dengan baik dan penuh kasih sayang. Budak tidak akan bohong dan bersyukurkan dapat pengasuh sebaik itu. - KitaReporters