Video| Tolong kami! Bantu Daud Kim! Rancang bina masjid di Seoul! Masjid di Daego hampir nak siap!

Published by
KitaReporters

Video mengenai bantahan pembinaan masjid di Daego dan kunjungan Daud Kim bersama tim untuk mendengar masalah yang dihadapi. 


Setelah berjaya membantu usaha pembinaan masjid di Daego, YouTuber Muslim Daud Kim yang berasal dari Korea Selatan mengumumkan untuk membantu usaha pembinaan sebuah lagi masjid di tempat lain.

Sebelum ini beliau pernah memuat naik satu video memaparkan proses pembinaan masjid di Daego. 

Biarpun usaha itu berhadapan pelbagai kesukaran termasuk tentangan daripada masyarakat setempat namun dengan bantuan saudara saudari Muslim, yang melakukan apa jua cara termasuk mengambil tindakan undang-undang, pembinaan masjid dapat diteruskan dan ia masih berlangsung.  

Menurut Daud Kim, beliau menjangkakan masjid itu siap tahun ini atau pun tahun depan dan beliau berterima kasih kepada semua yang memberi sumbangan, termasuklah pengikutnya dalam media sosial. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan usaha-usaha berdakwah


Kredit foto: YouTube Daud Kim


"Dengan sumbangan anda ia berjaya dilaksanakan. Anda telah mengubah sejarah Islam di Korea," ujarnya.  

"Matlamat saya untuk mengajak seberapa ramai orang Korea ke agama yang betul, Islam. Setelah saya menjadi Muslim saya berfikir bagaimana untuk berdawah di Korea. 

"Saya percaya jika orang Korea menjadi Muslim, mereka akan jadi lebih baik daripada orang Muslim lain. Sebenarnya masyarakat Korea dididik dengan sikap yang mulia, bersederhana dan mengambil berat terhadap kedua orang tua. 

"Saya yakin Korea akan menjadi negara Islam yang paling indah tetapi kini ramai ahli masyarakat di Korea menjalani kehidupan dengan tertekan dan tidak mempunyai tujuan hidup. 

"Mereka perlukan satu kepercayaan iaitu percaya kepada Tuhan yang benar iaitu Allah yang satu. Apa yang paling penting untuk mencapai ini saya rasa perlunya komuniti Muslim. Tiada komuniti Muslim di Korea. 

"Mengikut data, ada 40,000 Muslim di Korea dan yang saya kenal kurang daripada 10.  Ramai yang masuk islam tapi tak ramai yang beramal dan rata-rata tak kekal dalam iman. 

"Ikrar bersyahadah, bukanlah penghujung, itu hanyalah permulaan sebagai Muslim. Yang penting amalan selepas bersyahadah dan saya perhatikan ramai meninggalkan Islam, kerana tiada bimbingan. Mereka tidak boleh bersendiri, mereka perlukan kawan dan dengan itu penting adanya komuniti," kata Daud dalam videoya itu.


Daud menerangkan cadangan untuk membina satu lagi masjid, kali ini di ibu negara Korea Selatan iaitu Seoul. - Kredit foto: YouTube Daud Kim


Dalam usaha mengumpul komuniti, beliau berpendapat perlu adanya masjid kerana ia bukan saja tempat solat, tetapi tempat untuk mereka menerima pengajian dan bimbingan di samping memberi pendedahan mengenai Islam kepada yang belum tahu. 

"Saya bukan orang hebat tetapi benar-benar ingin menyertai dakwah. Saya menyeru anda terus bersama saya membantu. Masjid cadangan yang kedua itu terletak di Seoul, ibu negara Korea, dan untuk menzahirkannya juga perlukan bantuan daripada anda semua," ujarnya.

Daud Kim juga mengakui pelbagai ujian dalam kehidupannya sejak menjadi Muslim mulai tiga tahun lalu, namun beliau tidak pernah berputus atau kecewa dengan keputusannya memeluk Islam. 

Diserang dengan cerita-cerita yang tidak enak didengar, dihukum dengan budaya `cancel culture` atau boikot oleh masyarakat di negaranya namun itu tidak menyebabkan beliau tertekan dan melarikan diri daripada masyarakat. 

Jika nasib itu terkena kepada individu lain di Korea, mahu mereka terasa malu dan kecewa yang teramat sangat sehingga mengambil keputusan nekad bunuh diri kerana tidak dapat berhadapan dengan masyarakat yang memboikotnya.


Daud memberitahu alasan kenapa lebih banyak masjid diperlukan di Korea - Kredit foto: YouTube Daud Kim


Sebagai seorang yang berpegang teguh kepada agama Islam, Daud menerima saja dugaan itu kerana dia tahu itu semua adalah ujiannya dalam menjalani kehidupan di atas muka bumi ini, dan beliau tahu Allah ada dan Allah sentiasa menyayangi umatnya.

Di sebalik ujian dan rintangan itu, beliau masih tega untuk melakukan perkara bermanfaat, mahu membantu masyarakat korea yang tiada pegangan agama supaya mengenali Islam. 

Katanya, ramai ahli masyarakat di Korea hidup dalam keadaan tertekan atau stres, sehingga mereka tidak mampu bangkit lagi untuk meneruskan kehidupan. 

Dia merasakan jika mereka itu tahu mengenai ajaran Islam dan hidup dengan cara Muslim, pastinya mereka tidak berasa terlalu kecewa. 

Mereka perlu tahu bahawa itu semua adalah ujian daripada Allah dan orang yang diberikan ujian adalah mereka yang dikasihi Allah. Mereka perlu melalui semua ujian itu dengan rasa sabar dan yakin dengan pertolongan Allah. - KitaReporters


Video Daud Kim menyeru sokongan agar bersamanya membantu usaha pembinaan masjid di Seoul. 

13
16
0
9
0

Copy Link: