Video| Dari komuniti untuk komuniti! Ambil apa sahaja! Percuma! Tiada jual beli di Free Market BBBC!
Published by.
"Tiada jual beli, sesiapa pun boleh mengambil secara percuma kerana ia tidak terhad kepada golongan B40, ibu tunggal, miskin atau asnaf sebaliknya jika seseorang itu datang dengan BMW pun, jika mereka suka pakaian itu, ambil sahaja.
"Pengujung boleh mengambil apa-apa yang berkenan mengikut keperluan kerana masing-masing kerana tema kami, "Dari Komuniti Untuk Komuniti"."Cuma, sebagai orang Islam, kita mulakan dengan salam, sekurang-kurangnya ada komunikasi dua hala yang sopan, lepas tu ambillah, tiada bayaran apa-apa pun," kata Penyelaras Program, Free Market BBBC, Kelana Putra Muhamad.Sebahagian sukarelawan Free Market BBBC bergambar kenangan bersama Pengarah Bangi Learning Centre OUM, Siti Haniza Zahari (10 dari kanan) dan Kelana Putra Muhamad (lapan dari kanan).
Ini adalah kali ketiga Sukarelawan Free Market BBBC (Komuniti Bandar Baru Bangi) menganjurkan program itu yang mendapat kerjasama Bangi Learning Centre Open University Malaysia (OUM), Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 16, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Jabatan Pembangunan Masyarakat MPKj, Be Kind Malaysia, dan Life Line Clothing Malaysia (LLCM).
Free Market BBBC diadakan sempena Tahun Baru Cina, sesi baru persekolahan dan Aidilfitri di tempat letak kereta Bangi Learning Centre OUM di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor yang dicadang dijadikan lokasi tetap dan dinamakan "Charity Street"."Program yang bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari mendapat kerjasama OUM yang memberi kebenaran menggunakan tempat letak kereta, sistem siaran bunyi, makanan, minuman, sijil kesukarelawan dan bilik bagi memudahkan petugas kami beroperasi selain zon kanak-kanak bagi membolehkan si cilik melukis dan mewarna ketika ibu bapa sibuk memilih pakaian.Kelana Putra Muhamad
"Seramai 21 sukarelawan membantu melancarkan Free Market manakala LLCM menyediakan lori untuk mengangkut baju lusuh, MPKj menempatkan kaunter bergerak cukai taksiran, kaunter bertemu pelanggan dan tong sampah, Ahli Majlis Zon 16 menyumbang beg dan peralatan persekolahan, khemah, nasi lemak dan kerusi meja, manakala Ahli Parlimen Bangi memberi limau Mandarin kepada orang ramai yang hadir.
"Sambutan memang di luar dugaan, percaya atau tidak sejam pertama semua baju yang dilonggokkan habis! Malah sehingga jam 12 tengah hari pun masih ramai yang menghantar pakaian dan sibuk memilih baju yang mereka berkenan," katanya.Kelana Putra berkata, konsep Free Market BBBC mudah, komuniti di Bangi yang ada pakaian yang lebih mereka kongsi untuk komuniti yang memerlukan.Sebab itu, sejak jam 8 pagi, kenderaan yang menghantar pakaian terpakai bertali arus masuk untuk menghantar pakaian dan membuka tempat untuk meletak barangan yang akan diberikan secara percuma.
Pelbagai jenis barangan seperti pakaian yang masih elok diberikan secara percuma sempena Free Market BBBC.
Ibu dan anak-anaknya ini mahu memberikan mainan untuk kanak-kanak kepada komuniti yang berminat secara percuma.
"Akadnya muda, beri salam dan selepas itu boleh ambil apa yang berkenaan. tapi dengan syarat, mereka ambil baju bukan untuk dijual tapi digunakan sendiri.
"Free Market kali ini, lebih 2,000 pengunjung hadir, kebanyakan dari Bandar Baru Bangi dan kawasan sekitar. Dan, mereka bukan sahaja memberi pakaian, baju dan kasut sekolah tapi menyumbangkan makanan sehingga semua yang hadir dapat menikmati makanan dan minuman percuma."Saya menganggap komuniti Bangi bukan sekadar pemurah tapi terlalu pemurah kerana mereka sanggup berkongsi dengan komuniti lain, jika mendapat tahu ada kesusahan, secara spontan mereka menggerakkan operasi untuk membantu. Memang tabiat komuniti di sini suka berkongsi," kata Kelana Putra lagi.Ruang kaki lima OUM digunakan peserta Free Market BBBC untuk meletakkan barangan berikutan hujan ketika program berlangsung.
Kelana Putra juga mahu menangkis jika ada pihak mendakwa Free Market BBBC itu ada agenda politik sebaliknya mereka menghormati semua pemimpin politik dari pelbagai parti.
"Tiada agenda politik! Kami menjemput pemimpin di Bangi tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik mereka sama ada di peringkat ADUN, ahli Parlimen atau Ahli Majlis MPKj kerana menghormati mereka."Memang dari awal kami tidak mahu dikaitkan dengan politik tapi kemanusiaan. Free Market adalah dari komuniti untuk komuniti, justeru di sini tiada bendera politik parti mana-mana pun, hanya ada bendera Malaysia dan Selangor.Baju yang diberikan kepada pengunjung masih cantik dan boleh digunakan lagi.
"Kami mahu sesiapa pun yang hadir ke sini meninggalkan sentimen politik di rumah dan datang sebagai komuniti Bangi yang bangga membantu komuniti Bangi. Kami buat ini pun secara sukarela, tiada bayaran apa-apa," katanya.
Ditanya perancangan untuk Free Market BBBC akan datang, katanya ramai yang bertanya soalan itu tapi mereka tidak mahu mengadakan program itu terlalu kerap, cukup dua kali setahun, biar komuniti tertunggu-tunggu."Memang ada perbincangan awal bersama tim saya, Khansa' Zulkiflee dan Rashdan Rohani untuk Free Market akan datang tapi biarkan kami menguruskan secara teratur kerana bukan mudah menganjurkan program seumpama ini apatah lagi masing-masing ada tugas hakiki lain.Lebihan pakaian yang tidak diambil orang ramai akan dikumpul dan dihantar kepada lori LLCM untuk dikitar semula.
"Selain itu, proses untuk menganjurkan Free Market juga bukan mudah, mengambil masa berbulan-bulan dan membabitkan banyak pihak seperti mendapatkan lesen daripada MPKj, kebenaran tapak premis dari OUM dan penderma.
"Terima kasih kepada semua penduduk Bandar Baru Bangi yang menghantar pakaian dan membuka reruai, penaja, peniaga, Pusat Khidmat Masyarakat Sungai Ramal, ketua-ketua kampung dan sesiapa sahaja, sama ada orang biasa, pemimpin politik atau golongan B40 kerana anda yang terbaik."Nantikan Free Market BBBC akan datang!" katanya. - KitaReporters
Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan (lima dari kiri) dan Ahli Majlis MPKj Zon 16, Bukhari Bachok (enam dari kiri) turut hadir bagi memberi sokongan dan sumbangan bagi menjayakan Free Market BBBC.