Video| Malu bawa rahmat! Remaja curi pisang diarak keliling kampung! Kemudian jadi anak angkat polis!
Published by.
Seorang remaja dikenali sebagai AAP yang berusia 17 tahun di Pati, Jawa Tengah telah berhenti sekolah kerana kesempitan hidup setelah kematian ibu sejak tujuh tahun lalu dan ayahnya menghilang tanpa dikesan. AAP tinggal dengan datuk dan nenek yang hidup ala kadar.
Kamari memanggil penduduk kampung lalu mengarak AAP membawa pisang yang dicuri dengan tidak berbaju tetapi hanya berseluar pendek lusuh dengan diiringi sejumlah motosikal.
AAP telah diarak untuk mencetuskan rasa malu sehingga ke balai desa Gunungsari, Kecamatan Tlogowungu, Kabupaten Pati. Dan anggota polis dipanggil untuk menahan AAP.
AKP Mujahid umumkan AAP menjadi anak angkat Balai Polis Tiogowungu
Mengetahui ia satu kes yang agak berlainan daripada kebiasaan membuat Ketua Balai Polis Tlogowungu, AKP Mujahid sendiri turun padang bersama beberapa anggota polis lain.
Soal siasat dijalankan di balai desa itu dan AAP menceritakan mengapa dia mencuri pisang tanduk yang bernilai Rp250 ribu (kira-kira RM75.00) jika dijual.
Hiba melihat keadaan AAP dan punca dia mencuri membuat AKP Mujahid meminta Kamari tidak membuat laporan dan menyelesaikan kes jenayah itu secara baik.
Antaranya ialah agamawan kontroversi Gus Miftah yang menawarkan AAP melanjutkan pengajian secara percuma di salah satu pesantren miliknya iaitu di Pesantren Ora Aji, di Kabupaten Sleman, Daerah Istimewa Yogyakarta di mana dia boleh mendapatkan ilmu dan bimbingan yang lebih baik. Gus Miftah turut menawarkan biasiswa kepada AAP.
GUS MIFTAH menawar biasiswa kepada AAP dan menyambung pengajian di pesantrennya
Ia turut memberi keinsafan kepada anggota masyarakat bahawa terdapat golongan kurang bernasib baik perlu dibantu. Dan tindakan Balai Polis Tlogowungu menjadikan AAP sebagai anak angkat dianggap langkah terpuji dan membuktikan polis dan rakyat berpisah tiada. - KitaReporters