Ini barulah polis dan masyarakat berpisah tiada! IO trafik datang ke rumah mangsa ambil keterangan!
Published byPERKONGSIAN seorang pemuda mengenai bapanya yang kemalangan dibantu olehpihak polis yang hadir sendiri ke rumah setelah mengalami kesukaran untuk ke balai bagi membuat laporan disebabkan kesihatan tidak mengizinkan telah meraih tumpuan dalam media sosial.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pengguna media sosial bernama Redzul Redza, beliau menceritakan pergi ke balai polis bagi memohon bantuan yang memerlukan laporan polis dibuat bagi urusan tuntutan insurans namun keadaan ayahnya setelah kemalangan menyukarkan mereka melaksanakan urusan tersebut.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Polis Diraja Malaysia
“Saya balik untuk urusan kemalangan abah. Kata polis hanya mangsa kemalangan sahaja boleh buat laporan, tidak boleh wakil. Abah baru keluar hospital selama 16 hari. Kini di rumah terlantar tidak dapat bergerak.
“Tuntutan insurans tidak dapat dibuat selagi tiada report kemalangan dari pihak PDRM . Nak bawa ke balai agak sukar, tidak boleh bergerak mahu pun naik kerusi roda disebabkan tulang rusuk patah dan kecederaan lain.
“Saya nekad ke balai trafik Kangar, Depa kata tengok budi bicara IO (pegawai penyiasat) yang bertugas.
"Alhamdulilah IO bertugas sangat baik. IO luangkan masa datang rumah amik keterangan dan buat report kemalangan. Polis & Masyarakat berpisah tiada.
"Terima kasih Allah memudahkan segala urusan. Respek Sarjan Lizawaty dari balai trafik Kangar,” kongsinya di laman Facebook.
Meninjau dalam ruangan komen, orang ramai mengucapkan syabas dan terima kasih kepada pegawai penyiasat itu yang prihatin terhadap mangsa kemalangan yang memerlukan pertolongan bagi memudahkan urusan tuntutan insurans mereka.
“Terbaik PDRM, ini yang rakyat nak, ada budi bicara,” ujar Syam Muddin
“Tahniah Puan, baru kena slogan polis dan masyarakat berpisah tiada. Sedia berkhidmat, semoga kebaikan Puan menjadi ikutan aggota yang lain,” kata Muammar Zuhri.
“Semoga dipermudahkan urusan keluarga encik, terima kasih juga anggota yang terlibat,” tulis Acik Meeya. - KitaReporters