Isteri bunuh diri! Selepas suami tahu mangsa selingkuh dengan lelaki lain! Siram petrol pada badan!

Published by
KitaReporters

MAYAT INI yang bunuh diri di Kota Tangerang, Indonesia dengan membakar dirinya dengan petrol dibawa ke hospital untuk dibedah siasat. - Kredit foto : Dok. Istimewa


AKIBAT gangguan jiwa serta tekanan hidup selepas suaminya mengetahui dia berselingkuh dengan lelaki lain, telah mendorong si isteri di Kota Tangerang, Indonesia membunuh diri dengan membakar badannya menggunakan minyak petrol pada 28 November 2022 lalu. 

Wanita terbabit yang hanya bernama INI, 42, mempunyai dua orang anak membakar dirinya sehingga mati di rumahnya di Perum Pondok Makmur, Gebang Raya, Periuk pada kira-kira pukul 10 pagi.


Lagi cerita-cerita gelap berkaitan kegiatan berselingkuh

Kredit foto : Disway.id


Tindakan nekad INI untuk mengambil nyawa sendiri dikatakan akibat mangsa sering bergaduh selepas suaminya mengetahui bahawa si isteri ada mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain, lapor Kompas.com pada 29 November 2022. 

Kepala Bidang Hubungan Masyarakat Polda Metro Jaya, Kombes Endra Zulpan berkata, suaminya mula menghidu perbuatan curang INI pada Oktober 2022 lalu, ketika itu dia terdengar INI sedang bercakap dengan seseorang melalui telefon bimbitnya di bilik mandi.

Selepas itu, katanya, suaminya bertindak merampas telefon mangsa dan terjumpa pesanan-pesanan WhatsApp teman lelaki isterinya.


ENDRA ZULPAN


Zulpan berkata, berikutan dengan peristiwa itu, pasangan suami isteri terbabit dikatakan setiap hari bergaduh dan rumah tangga mereka tidak lagi aman

‘’Akibat tidak tahan kadangkala dengan sindiran tajam oleh suaminya tentang perselingkuhannya, lalu INI bertindak  membakar dirinya dengan empat botol minyak petrol yang dibeli dari kedai.

‘’Ketika kejadian pagi itu, INI tinggal bersendirian di rumah manakala suaminya tiada di rumah kerana bekerja dan dua orang anaknya berada di sekolah,’’ kata Zulpan.



MAYAT INI yang bakar dirinya di rumahnya di Gebang Raya, Periuk, Kota Tangerang pada 28 November 2022. - kredit foto : Tauberita.com


Kejadian tersebut disedari jiran tetangga selepas melihat kepulan asap keluar dari rumah INI tetapi mereka gagal menyelamatkan mangsa kerana rumah itu berkunci dari dalam.

Menurut jiran, teman selingkuh INI itu dikatakan sering juga dilihat datang ke rumah mangsa semasa suaminya tidak ada di rumah.

Mangsa dipercayai mengunci pintu rumahnya dari dalam sebelum menyiram empat botol petrol ke seluruh badannya kemudian dibakar.

Kemungkinan, bagi INI tindakan membunuh dirinya sendiri adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah kehidupannya yang semakin nyata daripada hidup dengan jiwa yang merana akibat pergaduhan dengan suaminya setiap masa walaupun ia berpunca di atas perbuatan dirinya sendiri. - KitaReporters


Kredit foto : Disway.id

15
15
0
5
0

Copy Link: