MAYAT Siti Nur Shahira Makhtar dibawa oleh anggota bomba dan penyelamat Kuala Nerus . - Kredit foto : Media Sosial


KIRA-KIRA lima bulan lalu suaminya meninggal dunia, kini Siti Nur Shahira Makhtar, 32, mengikuti jejak suaminya apabila dia maut akibat terbabit dalam kemalangan jalan raya yang mengerikan di Wakaf Tengah, Kuala Nerus, Terengganu pada 3 November 2022 lalu.

Punca kematian sepasang suami isteri itu yang berbeza membabitkan suami Siti Nur Shahira, Mohd Halizi Alis, 40, meninggal dunia pada Jun 2022 kerana mengidapi penyakit kanser hati, manakala Siti Nur Shahira pula mati akibat kemalangan jalan raya.


Lagi cerita-cerita pilu berkaitan kemalangan maut

SITI NUR SHAHIRA MAKHTAR


Siti Nur Shahira yang berasal dari Kampung Saujana, Setiu, Terengganu meninggalkan seorang anak perempuan berumur 12 tahun

Selepas kematian suaminya, ibu tunggal itu terpaksa bekerja di beberapa buah kedai makan di daerah Setiu untuk menyara perbelanjaan dirinya serta seorang anaknya.


 

MAKHTAR ABD RAHMAN


Bapa mangsa, Makhtar Abd Rahman, 63, berkata selepas anaknya berhenti kerja di kedai makan kemudian dia mencari kerja lain di Kuala Terengganu.

Menurutnya, dia diberitahu arwah anaknya bahawa dia mendapat kerja sebagai tukang masak di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

``Arwah baru sahaja dapat kerja di situ. Baru enam hari dia bekerja di HSNZ dan dia tinggal di rumah sewa bersama kawan-kawannya di Kuala Terengganu.  

``Pada pukul 9 pagi hari kejadian (3 November 2022), Siti Nur Shahira pulang ke rumah saya untuk mengambil motosikal dan selepas itu dia menunggang motosikal untuk pergi ke tempat kerja sebelum dia terbabit kemalangan,’’ katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Saujana. 


ANGGOTA bomba dan penyelamat Kuala Nerus bertungkus lumus mengeluarkan mayat Siti Nur Shahira yang berada di bawah kenderaan pacuan empat roda di Wakaf Tengah, Kuala Nerus, Terengganu. - Kredit foto: Media Sosial


Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11.30 pagi, Siti Nur Shahira dalam perjalanan ke tempat kerja tiba-tiba motosikalnya hilang kawalan sebelum merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kampung Wakaf Tengah, Kuala Nerus, Terengganu. 

Mangsa dikatakan cuba mengelak sebuah kenderaan lain di hadapannya lalu terbabas dan merempuh di bahagian belakang pacuan empat roda itu yang berada di tepi jalan.

Akibat kejadian itu, ibu tunggal itu terperosok di bawah kenderaan berkenaan dan meninggal dunia di tempat kejadian kerana mendapat cedera parah pada kepalanya serta beberapa anggota badannya.


KELIHATAN tangan serta mayat Siti Nur Shahira terperosok dibawah kenderaan selepas terbabit kamalangan. - Kredit foto: Media Sosial


Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus, Mohd Shahril Abd. Halim berkata pihaknya berkejar ke lokasi kejadian sebaik sahaja mendapat maklumat dari orang awam.

Beliau berkata, pihaknya mengambil masa selama lapan minit untuk mengeluarkan mayat mangsa yang berada di bawah kenderaan pacuan empat roda itu.

``Mayat Siti Nur Shahira  di bawa ke HSNZ untuk tindakan selanjutnya,’’ katanya. - KitaReporters


MOTOSIKAL yang dinaikki Siti Nur Shahira tercampak di tepi kedai berhampiran jalan raya di Wakaf Tengah, Kuala Nerus, Terengganu. - Kredit foto: Media Sosial

 

14
9
4
14
0

Copy Link: