Suara macam Sir David Attenborough! Tengok video TikTok macam tengok National Geographic! Terpesona!
Published byLelaki ini berseloroh mengatakan dia menyambut lebaran di London.
Betullah kata sesetengah pendapat yang menyatakan lidah orang Melayu atau Indonesia lembut sehingga mudah mengajuk aksen (loghat) bahasa bangsa lain.
Kalau di Malaysia, pelakon Puteri Balqis pernah tular kerana kefasihannya bertutur dalam bahasa Inggeris aksen British. Ramai yang memuji kebolehan dan kepintarannya.
Sementara itu di negara jiran, Indonesia pula tular dalam TikTok mengenai content seorang lelaki yang mempunyai kebolehan bertutur dalam bahasa Inggeris aksen British.
Lebih luar biasa, nada suaranya dikatakan mirip penyampai dokumentari terkenal, Sir David Frederick Attenborough. Jadi, tidak hairanlah kalau video yang dikongsinya dalam TikTok mendapat jumlah tontonan tinggi sehingga mencecah jutaan.
Aksen British serta nada suaranya mirip penyampai terkenal, Sir David Attenborough.
Paling mendapat perhatian ialah video mengenai sambutan Aidilfitri di kampung dan aktivitinya di kebun. Kedua-duanya memperlihat dia bertutur dalam bahasa Inggeris aksen British.
Melihat kedua-dua videonya itu, persis seperti menonton sebuah dokumentari terbitan National Geographic Channel.
Ramai yang terpesona dan terhibur dengan kebolehannya bertutur dalam aksen British dengan fasih. Peliknya, kebanyakan pengikutnya dalam TikTok terdiri daripada netizen Malaysia.
“Fuh, macam tengok National Geographic,” tulis salah seorang netizen.
Manakala seorang lagi netizen menyamakan nada suara lelaki tersebut saling tak tumpah seperti Sir David Attentborough. “Peh, macam Sir David Attenborough,” tulisnya.
Oleh kerana suara dan aksennya begitu fasih, ada
segelintir netizen tidak percaya dan mendakwa dia menggunakan suara AI (Artificial
Intelligence).
“Adakah ini menggunakan penjana aksen AI?” tanya
salah seorang netizen seakan tidak percaya.
Dilihat daripada keseluruhan video yang dikongsi dalam TikTok bernama Keminggris, lelaki ini dipercayai seorang guru bahasa Inggeris namun tidak dapat dipastikan sama ada dia mengajar di sekolah atau hanya dalam media sosial. - KitaReporters