Sultanah Nur Diana Petra Abdullah


SULTANAH Kelantan Sultanah Nur Diana Petra Abdullah secara rasmi sibuk memenuhi jadual menghadiri majlis rasmi negara dan acara negeri yang membabitkan baginda selepas diperkenan dengan anugerah gelaran kenaikan pangkat Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan secara rasminya pada 2 Ogos 2022 lalu.

Sultanah Nur Diana Petra Abdullah pada 26 September 2022 lalu berkenaan berangkat ke Majlis Santapan Teh bagi meraikan  Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin di Istana Wickham, Kuala Lumpur.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Sultan Kelantan


Kelihatan anggun jelita dan mempersonakan dalam gaya berbaju kurung rona warna biru lembut, Sultanah Kelantan ditemani adinda iparnya, Che Puan Mahkota Kelantan, Che Puan Sofie Louise Johansson Petra; Tengku Puan Panglima Perlis, Tengku Puan Panglima Selangor; dan Tengku Sri Kelana Diraja Kelantan. 

Berita gembira itu dimuatkan dalam Instagram Kelantan Diraja (Official) Palace, Instagram rasmi Istana Kelantan untuk berkongsi perkembangan dan aktiviti Sultan Kelantan, Sultanah Kelantan dan Keluarga Diraja Kelantan.

Dalam TikTok turut memuatkan liputan kehadiran secara rasmi Sultanah Kelantan dengan kata-kata rakyat sangat teruja dan ingin melihat wajah Sultanah Kelantan lebih dekat.



Sesi menghadiri lawatan itu akan menyaksikan Sultanah Kelantan tampil secara rasmi mengiringi Sultan Muhammad ke-V, diterima dengan rasa gembira oleh rakyat Tanah Rendah Sekebun Bunga kerana sebelum ini baginda Sultan Kelantan banyak menghadiri majlis secara berseorangan.

Selepas Sultanah Nur Diana Petra Abdullah dikurniakan gelaran Sultanah Kelantan pada 2 Ogos 2022, lalu diperkenalkan dalam majlis beradat beramah mesra dengan kerabat diraja dalam sesi yang berlangsung di Istana Negeri Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.

Sultanah Kelantan berkenaan menerima mengadap rombongan diketuai Presiden Pertubuhan Kerabat Diraja Kelantan (PKDK) diketuai Tengku Ramizan Tengku Abdul Aziz yang turut diiringi beberapa ahli pertubuhan yang lain pada 13 September 2022 lalu.

Unit Media Pejabat Sultan Kelantan dalam kenyataan melaporkan Sultanah Kelantan turut berkenan mengurniakan cenderamata kenangan kepada semua ahli rombongan.



Portal Rasmi Pejabat Sultan Negeri kelantan dalam kenyataannya mengumumkan Sultan Kelantan yang juga Yang Dipertua Negeri berkenaan mengurniakan pangkat kemuliaan sebagai Sultanah Kelantan dengan gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan kepada Nur Diana Petra, mengisi kekosongan yang sudah lama ditunggu-tunggu oleh rakyat jelata Kelantan khususnya Malaysia.

Dalam pada itu, Baginda juga memperkenankan Che Puan Sofie Louise Johansson Petra yang juga isteri Tengku Mahkota Kelantan sebagai Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan. 



Tuanku Muhammad Faris Petra selamat dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 September tahun 2010 dan kini bergelar Sultan Muhammad ke-V.

Pemilihan putera yang waktu itu berusia 41 tahun, merupakan anakanda sulung, Almarhum Tuanku Ismail Petra dan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, juga mengakhiri kemelut menyelubungi Istana Kelantan, sejak ayahandanya gering. 

Pemasyhuran itu pantas mencipta sejarah keluarga diraja di negara ini kerana baginda dilantik menjadi Sultan memerintah negeri ketika ayahandanya masih hidup.

Pelantikan baginda dibenarkan mengikut Perkara 23A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).

Majlis Perajaan Negeri (MPN) Kelantan yang bersidang sebulat suara memilih, mengesahkan Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai raja memerintah dan menaiki takhta kerajaan Kelantan. Lima belas ahli MPN Kelantan yang bersidang itu sebulat suara bersetuju Tuanku Ismail Petra memerlukan pengganti. - KitaReporters

Sultan berjiwa rakyat... Sultan Muhammad V gemar berada dalam kalangan rakyat. Ini salah satu gambar yang dirakamkan pada 11 Julai 2022 apabila Sultan berkenan berangkat ke Majlis Ibadat Qurban Jama’ie, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) di Kompleks Islam Jubli Perak, Sultan Ismail Petra, Panji, Kelantan.


16
9
0
12
1

Copy Link: