Keluarga Malaysia tampil bantu! Dari konten gunting rambut tukar jadi penghantar budak ke sekolah!

Published by
KitaReporters



PADA mulanya niat beliau hanyalah merakam video gunting rambut untuk konten akaun TikTok miliknya, @en.azroy namun lain pula yang terjadi

Ketika gunting rambut, beliau disapa oleh seorang budak berbangsa India yang meminta pertolongan dirinya untuk menghantar budak itu ke sekolah kerana telah terlepas bas

Lebih membuatkan pemuda ini tersentuh hati bila murid lelalki ini berkata dia akan kena surat amaran kalau tidak hadir pada hari tersebut


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sekolah-sekolah



Tanpa memperdulikan rambut yang belum siap dipotong sepenuhnya, beliau mengambil langkah tepat dengan membantu adik tersebut

Menurut pemuda ini, tidak salah untuk membantu orang kerana kalau bukan kita siapa lagi akan bantu. Malah katanya lagi, adik tersebut cuba meminta bantuan orang lain tetapi tiada siapa yang membantu beliau. 



Melalui perkongsian Azroy ketika berbual dengan adik itu, beliau agak terkejut kerana biasanya adik itu akan berbasikal kalau terlepas bas sedangkan naik motor pun ambil masa 20 minit untuk sampai ke sekolah tersebut apatah lagi kalau berbasikal, berapa masa diperlukan untuk sampai?  

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa rekod video ketika hantar adik itu ke sekolah. 

Menurut Azroy, beliau rekod bertujuan untuk keselamatan diri beliau juga kerana takut nanti akan dikatakan menculik atau terjadi apa-apa pada adik itu, beliau ada video itu sebagai bukti. 



Melihat ruangan komen, ramai netizen memuji tindakan baik Azroy dan ramai juga yang mendoakan agar beliau terus dimurahkan rezeki

Ternyata kebaikan yang dilakukan itu dibalas dengan kebaikan apabila kedai gunting rambutnya pula menerima ramai pelanggan

Satu perkara harus dipuji dan menjadi tauladan kepada orang ramai adalah sikap beliau membantu adik tersebut tanpa mengira warna kulit dan bangsa. 

Semangat bertepatan dengan aspirasi Keluarga Malaysia ini yang kita perlukan di dalam masyarakat setempat supaya dapat membentuk keharmonian yang lebih baik. - KitaReporters






10
12
0
8
0

Copy Link: