Terima kasih! Dana untuk Auni Amira dah mencukupi! Tidak ada kena mengena dengan akaun lain! - Ibu
Published byAlhamdulillah berkat doa daripada orang ramai yang turut simpati dengan kejadian mengejut yang menimpa Auni Amira Khairul Anizul, keadaan kini Auni Amira, 15, bertambah baik setelah selamat menjalani 3 pembedahan setakat ini.
Auni Amira dipercayai terjatuh dari tingkat 5 sebuah kondominium di Ampang pada 28 April lalu dan kini sedang menjalani rawatan di Hospital Ampang.
"Terima kasih kepada rakan-rakan sekolah serta beberapa buah masjid yang turut sama membuat solat hajat untuk kesembuhan anak saya. Syukur Auni sudah mula menunjukkan progress yang sangat positif, " kata ibunya Razniati Mohamad Radzi.
Tolong kami! Bantu Auni Amira! Parah terjatuh dari tingkat 5! Rayuan selamatkan anak!- Razniati
Razniati Mohamad Radzi bersama anaknya, Auni Amira Khairul Anizul
Menurut Razniati kebocoran paru-paru kanan semakin pulih dan tiub dada (chest tube) yang dicucuk pada paru-paru juga sudah dikeluarkan.
"Alhamdulillah, rezeki menyebelahi Auni. Ramai yang bersimpati untuk sama-sama meringankan beban kos rawatannya.
"Saudara mara jauh dah dekat juga mengadakan solat hajat memohon kesembuhan untuk Auni," tambah Razniati lagi.
Razniati juga merakamkan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang bermurah hati menyumbang untuk urusan rawatan Auni Amira.
Terima kasih juga kepada para doktor, jururawat dan petugas wad di mana Auni Amira dirawat, katanya lagi.
"Dalam keadaan sekarang doa dan sokongan keluarga, saudara mara dan sahabat menjadi kekuatan saya untuk terus positif dan redha dengan apa yang berlaku terhadap Auni.
Mesej tulisan Auni Amira kepada ibunya.
"Berkat keprihatinan orang ramai yang menyumbang kepada dana yang terkumpul sudah memadai untuk rawatan Auni setelah berita ini tersiar pada 3 Mei lalu.
"Akaun saya dibuka hanya dari 3 hingga 11 Mei 2023 dengan jumlah sumbangan diterima RM5,612.30. Dengan ini, saya berharap tidak ada lagi sumbangan disalurkan ke akaun saya.
"Dan saya juga tidak ada kena mengena dengan akaun memohon sumbangan untuk Auni yang dibuat tanpa pengetahuan dan perbincangan dengan saya sebelum ini oleh pihak lain.
"Cuma saya memohon orang ramai untuk terus mendoakan anak saya supaya segera sembuh dan dipermudahkan urusan penyembuhannya yang dijangka mengambil masa yang panjang.
"Semoga Allah merahmati doa dan membalas segala budi baik anda yang menyumbang dan mendoakan Auni cepat sembuh," pinta Razniati. - KitaReporters