.


Sempena bulan Ramadan 2025, Balai Polis Lombok Timur, Jawa Timur memperkenal pendekatan baharu dalam mengenakan saman terhadap pesalah lalu lintas yang antaranya meliputi kesalahan tidak memiliki lesen, tiada lesen memandu dan tidak memakai topi keledar. 

pendekatan baharu yang diperkenal oleh Polis Lombok Timur ialah sistem 'tilang syariah' atau ‘saman syariah’.

Menurut Ketua Trafik, Balai Polis Lombok Tengah, AKP Puteh Rinaldi, ‘saman syariah’ berbeza dengan cara saman biasa.  Dia menyatakan demikian kepada media pada Isnin, 3 Mac 2025.



Bagi ‘saman syariah’, pesalah lalu lintas tidak terus dikenakan saman. Tetapi pesalah diberi peluang lepas daripada membayar saman jika boleh membaca beberapa surah dari al-Quran dengan betul.

Pesalah boleh diuji ketika ditahan di jalan atau di balai polis. Selepas itu, pesalah tersebut diberi nasihat agar tidak mengulang kesalahan lalu lintas. 

Sejumlah pesalah trafik berjaya dalam ujian ‘saman syariah’ itu.



/

Foto-foto dari Balai Polis Lombok Timur, Jawa Timur


Namun perkara itu kurang disenangi penduduk setempat kerana tidak ramai yang boleh membaca al-Quran dengan baik selain warganys mempunyai pelbagai agama. 

Dewan Perwakilan Rakyat Daerah turut membantah peraturan 'saman syariah' itu. 

Keluhan daripada penduduk Lombok Timur dan DPR daerah itu membuat Polis Indonesia Pusat mengeluarkan arahan untuk membatalkan ‘saman syariah’ itu yang hanya sempat berjalan selama beberapa hari sahaja.

Ketua Polis Lalu Lintas Pusat, Irjen Agus Suryo Nugroho berkata, saman syariah tidak boleh diterima sebagai cara untuk  membayar saman.

Ia perlu dilakukan dengan cara biasa yang dijalankan di seluruh Indonesia, tegasnya. - KitaReporters



14
6
0
11
0

Copy Link: