Kini menyesal! Baru sedar bertatu itu berdosa! Berduyun-duyun pergi ke tempat buang tatu percuma!
Published byMelarik, mencucuk dengan jarum... begitu menyakitkan tetapi masih ada yang berminat untuk bertatu.
TATU ialah tanda pada badan yang dibuat dengan melarik, mencucuk jarum di kulit sehingga mengalir darah dan memasukkan celak atau kapur hidup sehingga menjadi hijau.
Kebiasaanya dia dijadikan sebagai perhiasan badan atau adat kerana mengikut tujuan keagamaan dengan meletakkan gambar yang memberi makna kepada tuan punya badan atau sebagainya.
Perbuatan melakukan tatu ini sesunggunya dilaknat Allah Taala dan Rasullullah. Nabi Muhammad SAW bersabda dan diriwayatkan daripada Ibn Umar RA, ia adalah haram ke atas orang yang meminta dibuatkan atau pembuat dan ia tergolong dalam dalam dosa-dosa besar.

Masyarakat Islam di Jakarta, Indonesia dibantu untuk membuang tatu secara percuma. - Kredit foto: AFP
Sehubungan itu, sempena bulan Ramadan penuh mulia dan keberkatan ini, Badan Amil Zakat Nasional, sebuah badan amal Islam di Jakarta Utara, Indonesia, membuka ruang kepada umat Islam yang ingin ‘bertaubat’ dengan menawarkan perkhidmatan membuang tatu secara percuma.
Dilancarkan pada 2019, program buang tatu ini diadakan setiap Ramadan sepanjang tempoh sebulan berpuasa.
Tahun 2025, kira-kira 700 orang telah mendaftar untuk perkhidmatan ini, dan secara keseluruhannya setakat dilancarkan hampir 3,000 orang telah mengambil bahagian.
Berdasarkan artikel yang dipetik daripada AP News,
penyelaras badan tersebut, Mohammad Asep Wahyubi berkata, dengan cara tersebut
mereka dapat membuka jalan membantu umat Islam yang ingin berhijrah untuk
mendekatkan diri kepada ALLAH SWT.
“Pelbagai cara telah kami lakukan untuk membantu umat Islam di negara ini temasuklah membantu mereka yang ingin membuang tatu. Ramai orang tidak mampu untuk membuang tatu mereka atau tidak tahu di mana dan bagaimana boleh melakukannya dengan selamat.
“Pembuangan laser ini memerlukan rawatan berulang dan
mungkin tidak berjaya sepenuhnya, boleh menelan belanja ribuan dolar untuk tatu
besar… jadi kami cuba membawa jalan penyelesaiannya,” katanya.
Sementara itu, dalam artikel tersebut juga turut memaparkan beberapa kenyataan daripada beberapa pemilik tatu yang berusaha untuk membuangnya. Rata-rata bersyukur apabila masih ada peluang untuk ‘bertaubat’ dengan menyingkirkan tatu daripada tubuh mereka.
Teguh Islean Septura, mengambil keputusan drastik untuk kembali ke pangkal jalan dan mahu membaiki dan mendekatkan diri kepada Tuhan. - Foto: AP/ Achmad Ibrahim
Bagi, pemain gitar terkenal di Indonesia, Teguh Islean Septura yang berusia 30 tahun, mempunyai tatu hampir di keseluruhan badannya iaitu belakang, lengan dan juga kaki.
Teguh berkata, mempunyai tatu membuatkan dirinya nampak hebat ketika beraksi di atas pentas membuat persembahan bersama kumpulan muziknya.
Namun hari ini dia mempunyai semangat baru untuk Islam, termasuk kepercayaan bahawa orang Islam tidak boleh mengubah tubuh yang Allah SWT sudah berikan kepada mereka.
"Sebagai manusia, kadang-kadang kita melakukan
kesilapan. Sekarang saya mahu memperbaiki diri dengan mendekatkan diri kepada
Tuhan.
"Tuhan telah memberi saya kulit yang bersih dan saya
telah merosakkannya, itulah yang saya kecewa sekarang,” katanya dengan penuh
penyesalan.
Bagi Sri Indrayati, 52, selepas dia baru
melahirkan anak sulungnya ketika berusia 22 tahun, atas tanda rasa kasih sayang
begitu mendalam, pada tangannya terukir tatu nama anaknya itu.
Katanya, apabila sudah menjadi seorang nenek, dia berasa geram dan malu apabila dua cucunya terus memintanya untuk membuangnya kerana ia kelihatan seperti tulisan penanda yang kotor dan tebal.
"Apabila saya membawa cucu saya ke sekolah, mereka berbisik sesama sendiri… 'tengok nenek tu, dia ada tatu!” katanya.
Sri Indrayati tekad membuat penyingkiran tatu secara laser yang dilakukan oleh Badan Amil Zakat Nasional, Wilayah Jakarta Utara, Baznas (Bazis). - Kredit foto: AP/ Achmad Ibrahim
Cara paling selamat untuk membuang tatu ialah menggunakan penyingkiran tatu profesional. Tiada cara alternatif di rumah yang selamat.
Terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan apabila ingin menyingkirkan tatu.
- Cara yang paling biasa ialah menggunakan laser (sinaran cahaya dengan kepekatan yang tinggi bagi memecahkan dakwat kepada zarah-zarah kecil untuk diserap tubuh).
- Cryosurgery (tatu dibakar dengan nitrogen cecair selepas dibekukan).
- Chemical peel (bahan kimia akan digunakan untuk menjadikan kulit bertatu melepuh dan terkupas).
- Pembedahan (kulit akan dipotong kemudian luka akan dijahit).
- Dermabrasion (kulit akan diberikan ubat bius dan lapisan luar kulit dikupas untuk mendedahkan lapisan kulit di bawah tatu dan dakwat akan dibuang sewajarnya).
- Pilih pakar yang bereputasi atau professional untuk menjalankan pembuangan.
- Pilih kaedah pembuangan yang sesuai dengan tatu.
Pembuangan tatu menggunakan kaedah laser lebih selamat.