.


Delegasi bertolak ke Pulau Banggi untuk program Ziarah Perdana bersama penduduk.

Yayasan Amal Malaysia cawangan Kedah dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia Pusat dan Amal Doktor melaksanakan Misi Ziarah Mahabbah mulai 11 hingga 14 Disember 2024 di Pulau Banggi, Sabah.

Ketua Misi Zulkefli Baharum program ini memfokuskan kepada khidmat masyarakat, khususnya dalam bidang perubatan dan sosial di kawasan pedalaman.


Kanak-kanak disiram dengan air sebelum berkhatan.


Pegawai perubatan dan sukarelawan yang terlibat dalam program berkhatan.


Pengisian utama misi ini ialah menyediakan perkhidmatan khatan percuma di Kampung Salangan dan Kampung Timbang Dayang.

Seramai 81 kanak-kanak dan orang dewasa dari komuniti setempat telah mendapat manfaat daripada perkhidmatan ini yang dijalankan oleh pasukan perubatan sukarela.

Zulkefli mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam kejayaaan program ini, termasuk penduduk tempatan yang memberikan sokongan sepenuhnya.


Kanak-kanak yang menyertai program berkhatan di kampung itu.

Antara kanak-kanak yang menyertai program berkhatan.


Misi ini turut mendapat sambutan daripada komuniti setempat, yang menganggap inisiatif ini sebagai langkah positif dalam meningkatkan kualiti kehidupan mereka.

Program sebegini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang untuk memperkukuh hubungan ukhuwah dan memberikan impak positif kepada masyarakat di kawasan terpencil seperti Pulau Banggi.


Delegasi mengambil peluang menjalankan aktiviti bersama penduduk di situ.

Sukarelawan dan penduduk menyiapkan makan malam.

Misi ini membuktikan betapa pentingnya kerjasama antara pihak swasta, masyarakat tempatan, dan badan-badan sukarela dalam membawa perubahan positif kepada komuniti yang memerlukan.

Untuk maklumat lanjut mengenai program-program ini dan cara untuk turut serta atau menyokong program seperti ini boleh hubungi Yayasan Amal Malaysia atau Amal Doktor melalui laman web mereka. - KitaReporters


Wakil delegasi turut memberi sumbangan kepada salah seorang penduduk.

Delegasi bergambar sebelum bersurai.

16
10
0
12
0

Copy Link: