Video| Kalau lori durian terbalik, apa perlu diutamakan? Pemandu atau buah durian? Jawabnya ialah...

Published by
KitaReporters
.


Bukan perkara asing apabila berlaku kemalangan terutama kenderaan yang mengangkut barang, akan terdapat orang ramai yang berada di lokasi kemalangan lebih mengutamakan untuk mengambil atau menjarah barang yang dibawa berbanding daripada untuk menyelamatkan pemandu dan kelindan.

Sebenarnya ia perkara tidak wajar dilakukan. Sebagai masyarakat yang beradap dan berlindung di bawah undang-undang, sepatutnya pemandu dan kelindan yang mungkin cedera yang perlu dibantu, bukannya mengambil barangan yang dibawa.


Penduduk beramai-ramai mengutip buah durian yang jatuh dari lori sementara pemandu Suhendra (kiri) termenung mengenang nasibnya

Satu situasi tidak wajar terjadi di Kampung Banjarmasin, Kecamatan Baradatu, Kabupaten Way Kanan, Lampung, Sumatera Selatan pada Ahad malam, 26 Januari 2025.

Sebuah lori pikap yang sarat membawa hampir 1,500 biji durian yang dalam perjalanan ke Jakarta terbabas ketika melalui jalan curam. Ia menyebabkan lori pikap itu terbalik atas jalan dan pemandunya, Suhendra tersepit di tempat duduk penumpang. 

Terdapat beberapa orang penduduk tempatan berada tidak jauh dari tempat kejadian. 

Namun mereka tidak membantu, sebaliknya memanggil rakan-rakan lain termasuk kaum wanita dan kanak-kanak. Mereka mengutip buah durian yang berselerak atas dan tepi jalan dan menjarah secara ‘berjamaah’.



Suhendra berjaya keluar secara bersendirian dari lori pikapnya dan terkejut serta berasa pilu melihat durian yang dibawanya ‘dicuri’ penduduk kampung secara beramai-ramai. 

Lebih malang, beberapa surat penting termasuk geran dan wang tunai sebanyak Rp20 juta (kira-kira RM5,000) turut hilang.

Suhendra terpaksa membuat laporan polis dan terpaksa berhadapan dengan majikannya yang mengalami kerugian.


Peristiwa itu tular setelah dimuat naik sejumlah media sosial serta media cetak dan media elektronik.

Para netizen rata-rata mengutuk sikap masyarakat yang lebih ghairah mengambil barangan yang dibawa berbanding untuk menyelamatkan pemandu. - KitaReporters

14
17
0
4
0

Copy Link: