Video| Masya-Allah merdunya! Ramai terpegun dengar suara! Alunkan selawat taslim pada majlis kahwin!

Published by
KitaReporters


Apabila disebut sahaja kenduri kahwin, pasti akan terbayang-bayang makanan sedap dan acara selingan seperti karaoke atau lagu-lagu yang dimainkan oleh deejay atau live band. Pastinya kehadiran acara seperti itu memeriahkan suasana dan menghiburkan tetamu yang datang.

Malah majlis perkahwinan bukan sahaja meraikan raja sehari tetapi membuka peluang rezeki kepada orang lain seperti katering, pengendali PA system dan juga penyanyi jemputan.

Namun, apa yang ingin diceritakan di sini ialah mengenai seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Namek Tamin92 telah berkongsi satu video alunan selawat taslim bergema di sebuah majlis perkahwinan yang berlangsung pada 5 November 2023 lalu.



“Selawat taslim 5 Nov 23 pada majlis walimatul urus. Tahniah kepada pasangan pengantin. Semoga kekal hingga ke akhir hayat,” tulisnya yang dipercayai seorang anggota Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).

Video tersebut telah mendapat sebanyak lebih tiga juta tontonan. Alunan selawat tersebut dialunkan oleh dirinya sendiri. Kemerduan alunan selawat taslim bukan sahaja memukau tetamu yang datang, tetapi juga para pengikutnya dalam TikTok.




Dek kerana kelunakan suaranya itu, maka ramailah yang mahu menjemput atau menggunakan khidmatnya. 

Walaupun ada yang menegur penampilannya ketika itu, ia tidak menjadi masalah kerana ramai yang terpegun dengan kelunakan suaranya. Malah, ramai yang menyarankan agar diteruskan pengisian bermanfaat seperti ini pada majlis perkahwinan.



“Masya-Allah, merdu dan tenang apabila dengar. Kawasan mana ni? Boleh ke invite untuk majlis-majlis,” tanya salah seorang pengikutnya dalam TikTok.

Oleh kerana ramai yang terpukau dengan suaranya, ada segelintir mahu jadikannya sebagai menantu. Malangnya, pemilik suara lunak ini sudah pun berumah tangga. - KitaReporters


10
10
0
10
0

Copy Link: