Ada macam-macam jenis ayam! Ada boleh tenggek di atas kepala! Ada boleh tenggek di atas stereng moto!

Published by
KitaReporters


Gelagat seorang warga emas menaiki motosikal dan ditemani dua ekor ayam serama ketika melalui Jalan Gajah Berang mencuri tumpuan pengguna jalan raya yang melalui kawasan tersebut.

Mungkin ramai merasa pelik melihat aksi seekor ayam serama bertenggek di atas kepala lelaki itu, manakala seekor lagi pula bertenggek di stereng motosikal. 

Uniknya kedua-dua ekor haiwan itu tidak langsung mengelupur ingin turun sewaktu lelaki itu menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar dan hanya memakai cap dari Jonker Walk ke jalan Gajah Berang. 

Rata-rata pemandu kereta sanggup memperlahan kereta mereka sambil sempat mengambil gambar menggunakan telefon bimbit.



Lelaki yang dikenali sebagai Goh Ka Ping, 66, memberitahu, kedua-dua haiwan yang dibelanya itu sudah biasa bertenggek di atas kepalanya dan di stereng motosikal. 

Menurutnya, haiwan itu telah diajar sejak berusia tiga bulan dan dibawa bersiar-siar menaiki motosikal Honda lama. 

"Ayam ini sangat jinak dan saya dah ajar bertengek di atas kepala dan stereng setiap kali menaiki motosikal. Hampir setiap petang cuti hujung minggu saya bawa haiwan ini bersiar-siar sekitar Jonker Walk, Jalan Ong Kim Wee dan Jalan Gajah Berang.

"Saya ada bela hampir 50 ekor ayam serama di rumah saya di Gajah Berang dan ada antaranya boleh bertenggek atas kepala dan stereng motosikal," ujarnya di ketika ditemui.

Ka Ping berkata, dia mula menaiki motosikal bersama dua ekor ayam serama sejak tahun lalu.

Katanya, ramai penduduk di sekitar Gajah Berang dan Ong Kim Wee sangat mengenalinya kerana sering membawa haiwan tersebut silih berganti di sekitar kawasan tersebut. - KitaReporters

10
12
0
13
0

Copy Link: