Video| Comelnya telatah si kecil urut dada tanda bersabar! Gara-gara disakat oleh bapa sendiri
Published byMEMILIKI anak yang sedang membesar sangat menyeronokkan, kerenahnya sangat menghiburkan hati. Malah melayan kerenah si kecil pasti menjadi detik indah bagi ibu dan bapa dalam proses membesarkan anak walaupun kadangkala kerenahnya memeningkan kepala. : KitaReporters
COMEL tindakan spontan yang dilakukan oleh kanak-kanak comel itu selepas si ayah mengambil pen elektrik di tangannya. - Kredit foto: Twitter @ieeko.
Terbaharu tular video seorang kanak-kanak lelaki yang memberi reaksi yang comel semasa ‘diganggu’ bapanya ketika sedang ralik bermain dengan iPad.
Perkongsian comel itu dimuat naik oleh ibunya sendiri @ieeko dan menjadi tular dan ditonton lebih 50,000 kali netizen.
Dalam perkongsian berkenaan menyaksikan kanak-kanak
lelaki itu sedang mewarna lukisan 3D menggunakan iPad bersama bapanya.
Namun ketika sedang ralik mewarna, bapanya sengaja mengambil pen elektronik yang digunakan itu. Tindakan pertama kali bapanya membuatkan si kecil itu seolah-olah mengeluh dengan tindakan bapanya.
Alahai comelnya awak!
Mungkin bagi kanak-kanak lain sudah mengamuk dan merengek, tetapi si kecil yang ini spontan mengurut dadanya tanda menahan sabar dengan keletah bapanya sendiri.
URUT dada sabar dambil melayan karenah ayahnya sendiri. - Kredit foto: Twitter @ieeko
Si bapanya pula hanya tersenyum apabila menyedari tindakan spontan anak lelakinya sendiri.
Tidak lama kemudian, si kecil meminta kembali pen itu dengan lembut sambil mencium pipi bapanya, supaya dia dapat meneruskan aktivitinya mewarna gambar Doraemon dalam tablet itu.
Mungkin cair dengan pujukan si kecil bapanya terus memulangkan semula pen elektrik
berkenaan.
Comel sungguh masa dia urut dada kerana menahan sabar.
Semoga membesar dan jadi anak yang berguna kepada ibu
dan bapa. - KitaReporters