MENJADI pesakit Covid-19 pasti menjadi satu pengalaman yang sukar untuk digambarkan, dan lebih menyayat hati sehingga saat ini belum ada vaksin yang mampu mencegah virus misteri itu.

Terbaharu pakar pemasaran No 1 Malaysia, Datuk Dr. Azizan Osman berkongsi saat perit yang terpaksa dilalui apabila disahkan positif Covid-19.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Dr Azizan Osman:

https://kitareporters.com/search?search=azizan+osman



Detik hitam dalam hidupnya itu bermula 7 Januari 2021 lalu apabila disahkan positif. Lebih menyedihkan bukan dirinya sahaja yang disahkan positif tetapi melibatkan ahli keluarga terdekat.

Malah wabak berkenaan turut meragut nyawa ahli keluarga terdekat.

“Saya dan keluarga diuji dengan Virus Covid-19... 31 ahli keluarga saya dijangkiti Covid dan ibu mertua saya telah kembali ke rahmatullah...  

“Tak mudah untuk saya kongsikan betapa sedih, perit dan ngeri pada waktu itu,” kongsinya menerusi Instagram miliknya. 



Malah selepas seminggu disahkan positif dia terpaksa bertarung nyawa melawannya.

“1.44pm, Jumaat 15 Jan 2021 - Saya dah hampir maut! Nafas saya sesak! Doktor kata peluang saya amat tipis!

“Tapi sesuatu berlaku yang membuktikan kekuasaan Allah SWT... Dengan nama Allah Yang Maha berkuasa yang memiliki seluruh alam...,” kongsinya lagi.




Beberapa gambar sepanjang berada di hospital turut dikongsikan dengan menunjukkan suntikan jarum pada tangannya sehingga meninggalkan kesan lebam.

Allahu…sakitnya hanya dia yang tahu!



Namun mentor keusahawanan itu bersyukur walaupun diuji, dirinya dikelilingi individu-individu hebat yang berterusan memberikan semangat dan inspirasi kepadanya.

“Saya cuba untuk menangis ketika menulis ni tapi pada waktu itu Alhamdulillah saya ada keluarga saya, saya ada Mak saya... isteri saya, Datuk Jerry... you are an amazing friend...

“Pada waktu itu, saya fikirkan tentang anak didik saya, saya fikirkan Team RichWorks, saya fikirkan semua yang tak henti DM/PM saya sehingga hari ini... yang buatkan saya walaupun tahu tiada harapan, ia beri saya SEMANGAT. Semangat untuk hidup...,”kongsinya lagi sambil menyifatkan dirinya sangat beruntung dikelilingan invidu yang baik.



Malah penceramah itu berjanji untuk berkongsi pengalaman dan apa yang dia belajar daripada insiden dia hampir mati itu pada Sabtu 30 Januari 2021 ini secara langsung.

Semoga kesakitan yang dilalui Dr Azizan itu memberi kekuatan dan inspirasi kepada beliau untuk terus bangkit dan membantu serta memotivasi kita semua. - KitaReporters

0
4
6
0
1

Copy Link: