AIR merupakan sumber yang penting dalam kehidupan yang bernyawa. Justeru, sebagai manusia kita seharusnya memelihara sumber utama kita untuk mengelakkannya daripada tercemar dan menjejaskan kualitinya. Fikirnya, semua penduduk Selangor faham akan erti kepentingan sumber dan bekalan air bersih. : KitaReporters 


Kredit foto-foto: FB Saiful Zaini Mohd Bokhari


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan bekalan air:

https://kitareporters.com/search?search=bekalan+air


Namun, apabila berlaku ketiadaan air atau sumber air terjejas seperti kebocoran paip atau memerlukan penggantian saluran paip ia pasti mengundang rasa tidak puas hati kalangan pengguna kerana terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan bekalan semula air.  

Air sumber mineral paling penting dalam hidup kita. Tanpa air, bagaimana kita hendak meneruskan kelangsungan hidup. 

Namun, ada ketikanya kita terpaksa berdepan dengan masalah ketiadaan air tanpa sebarang pengumunan. Ketika inilah kita,merungut dan marahkan pihak yang bertanggungjawab kerana bekalan air terputus.



Antara rungutan dan sungutan yang biasa kita sebut ketika itu:

"Aduh, tetiba je takde air!" 

"Tak maklumkan pun takde air hari ni!" 

"Camana nak masak kalau takde air!" 

"Susahla macam ni!" 

"Tak mandilah jawabnya gi kerja hari!" 

"Paip bocorla tu kat mana-mana."

Ketika ini kita masih dalam frasa musim banjir di beberapa negeri terutama Pahang yang terjejas teruk dan hampir melumpuhkan semua aktiviti terutama di Maran, Temerloh, Bera, Jerantut, Raub, Lipis dan Pekan.

Keadaan ini turut menjejaskan sumber air bersih apabila beberapa loji rawatan air terpaksa ditutup dan kerja-kerja baik pulih saluran paip sama ada bocor atau pecah.

Suara-suara nakal dan tidak puas hati kerana tiada bekalan air membuatkan Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Pahang (PAIP) Saiful Zaini Mohd Bokhari berkongsi kisah kerja-kerja pembaikan dan penggantian paip di beberapa kawasan yang terjejas ketika ini bagi memberi kefahaman yang lebih terperinci. 

Jangan asyik nak salahkan PAIP kalau bekalan air terjejas atau terganggu seketika. Kena tengok sendiri bagaimana pekerja bertungkus lumus untuk memastikan pengguna dapat bekalan air bersih tu!




Menerusi perkongsian dalam laman media sosial Facebook miliknya beliau memberi penjelasan mengapa keadaan (bekalan air terganggu) itu berlaku.

Begini catatannya bertajuk "Unsung Heroes of Pahang.":


"Berat mata melihat berat lagi bahu memikul. Ikhlas saya katakan sebelum saya sertai PAIP, saya juga mempunyai tanggapan negative terhadap Paip.

"Tetapi setelah saya sendiri melihat dgn mata kepala saya sendiri, saya yakin yg staff staff PAIP adalah 'unsung heroes' of Pahang. Mungkin kurangnya pendedahan cara kerja PAIP (atau water industries keseluruhannya), pengguna kurang atau tidak faham akan kesukaran dan pengorbanan warga PAIP.

"I am determined to change that perception, saya arahkan unit corporate dan unit water services PAIP utk sentiasa update FB Paip. Boleh click https://www.facebook.com/PAIPBerhad/ Akan usaha lagi utk memberi penerangan akan cabaran kerja kerja perbekalan air di Phg kepada masyarakat.

"Hari ini sekali lagi saya melihar first hand, kegigihan pekerja PAIP berusaha sebaik mungkin membaiki paip apabila jln raya menghala ke Lepar Utara 10 rosak teruk. Paip yg berada ROW jalan tersebut juga hanyut di bawa banjir.

"PAIP tidak menunggu lama terus dijalankan usaha membaik pulih serta merta, demi memastikan perbekalan air dpt disambung secepat mungkin. Jalan raya yg rosak pun masih tidak diusik mungkin memerlukan peruntukan yg besar, tetapi PAIP tiada option utk berlengah. Terus melakukan pembaikan segera.

"Ini hanya satu contoh yg kecil. Banyak lagi pengorbanan warga PAIP mengharungi cabaran kerja yg lain. (saya sertakan beberapa gambar).

"Ada yg bekerja lewat hingga awal pagi utk memastikan pengguna dapat air.  Lori tankers secara average bekerja lebih 12 jam sehari. Ada yg menyabung nyawa kerja di lereng bukit tinggi. Ada juga gambar yg saya tidak berani upload di FB kerana kerja amat merbahaya sekali (ikhlas saya sendiri tidak berani nak lakukan). Ini merupakan kebiasan kami di PAIP. Semata mata mahu memberikan yg terbaik utk Pengguna.

"Ada juga menyatakan 'kami tak kesah tiada letrik beberapa hari tetapi tidak faham kenapa air terputus'. Ini adalah contoh ketidak fahaman masyarakat. Bila tiada letrik, macam mana pump di muka sauk dan di loji nak berfungsi. Unless ada teknologi baru Star Trek yg mungkin boleh kita guna utk jalankan loji tanpa elektrik! 😁.

"Yes saya akui tidak semua juga baik. Mana mungkin segalanya baik dan 100% perfect. Ada juga yg tidak baik dan memerlukan perubahan, dan ini adalah tanggungjawab saya memperbaiki lagi. InSyaAllah

"But for me one thing is sure, our operation staff are unsung heroes. Hero yg tidak didendang. Nobody can take that away

Thanks for giving me the pleasure of being part of your unsung heroes team. May Allah reward your sterling deeds.

"As your CEO, I am thankful. Saiful Bokhari CEO Pengurusan Air Pahang Berhad."



Perkongsian itu mendapat maklum balas positif dalam kalangan pengguna Facebook yang rata-ratanya memberi kata-kata semangat dan mengucapkan tahniah kepada beliau dan kakitangan PAIP.






Hargailah air sentiasa. Pastikan kita tidak membazir. Jika ternampak ada kebocoran paip air di mana-mana maklumkan segera kepada pihak berwajib.  Jangan hanya pandai mengutuk sahaja kata PAIP lambat bertindak.  

Tanpa air bagaimana kita hendak meneruskan kelangsungan hidup. - KitaReporters



Kredit foto-foto: FB Saiful Zaini Mohd Bokhari

23
3
3
3
0

Copy Link: