Keadaan tidak selesa tempat tinggal Uncle Leong. - Kredit  foto: FB Kuan Chee Heng

DALAM usia sudah 58 tahun tokoh sosial Kwan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang pertama kali melihat kedaifan hidup seorang warga tua, lalu menyebabkan dia pantas bertindak untuk memberi keselesaan hidup kepada warga emas berusia 68 tahun ini.

Kehidupan warga tua ini yang hidup dalam kedaifan, sudah uzur dan bekerja sendiri untuk mendapat nafkah seharian memperlihatkan kemiskinan di bandar besar jauh lebih serius dari di luar bandar.

Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Kwan Chee Heng:

https://kitareporters.com/search?search=chee+heng


Uncle Kentang cukup prihatin dengan keadaan hidup warga emas, Leong Choong Keong 

Leong Cheong Keong tinggal dalam kawasan semak-samun


Dalam postingannya dalam Facebooknya, Uncle Kentang, memperlihatkan gambaran yang menyedihkan berkenaan rumah seorang warga tua yang terletak dalam semak dengan atap yang rosak hampir roboh, dengan risiko didatangi binatang berbisa dan haiwan-haiwan lain. 

Warga tua itu dikenali sebagai Leong Choong Keong (berdasarkan kad pengenalan lama yang sudah lusuh)  kini tinggal di 235B, Jalan 11, Kampung Baru Salak Selatan (Salak South New Village), Kuala Lumpur.  



Kad pengenalan lama Choong Keong yang akan diganti dengan MyKad baharu dengan bantuan JPN.


Warga tua ini hanya mempunyai kad pengenalan lama yang sudah lusuh serta tidak mengandungi kelengkapan asas untuk hidup.

Dalam postingannya, Uncle Kentang menulis:

“Dalam 58 tahun hidup saya, saya belum pernah melihat orang seperti ini. Tinggal di rumah yang sudah runtuh. 

"Ada tempat tidur kecil untuk tidur di bawah pokok. Ada ‘rice cooker’ dan peti ais lama. Dia tidak punya tilam. Dia tidur dengan nyamuk, ulat dan ular."




Keadaan daif tempat tingggal warga tua ini


Prihatin dengan keadaan warga tua itu, Uncle Kentang menghulurkan bantuan.
DIa membelikan warga tua itu sebuah telefon bimbit, membersihkan kawasan tempat tinggal dan membuang semak-samun dengan menyewa jentolak, membelikan kabin sebagai tempat tinggal dan menyediakan sambungan elektrik, dan sebagainya.
Uncle Kentang turut memberi sejumlah barangan makanan, membelikan katil dan tilam, dapur gas dan tempat simpanan makanan.



Keadaan tempat tinggal yang tidak tersusun.


Selain itu, Uncle Kentang berkata, beliau akan turut berurusan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi membolehkan warga emas itu mendapat kad pengenalan baru (MyKad).

Tokoh sosial ini juga akan berurusan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk memberi bantuan sewajarnya kepada warga tua itu.

Setelah memiliki MyKad, Uncle Kentang akan membukakan akaun bank untuk warga tua itu. Pokoknya, Uncle Kentang mahu memberikan kehidupan lebih selesa untuk warga tua itu.  


Uncle Kentang adalah antara insan yang mempunyai sifat prihatin terhadap masyarakat terbiar. Malahan kerja amal yang dilakukan oleh Uncle Kentang lebih awal daripada dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew.
WIra yang tidak didendang ini menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan tanpa perbezaan kaum. 

Setelah selama ini sumbangannya tidak didendang, kini wajar agar pihak tertentu memberi perhatian terhadap kerja-kerja amalnya. - KitaReporters



0
0
0
0
0

Copy Link: