"ALHAMDULILLAH Nur Sajat dah dapat suaka dari Australia sebab ramai yg mengidamkan untuk berhijrah ke negara lain... Termasuk akak, transgender tua ni. Syukur alhamdulillah. Cuma pesan akak, kat mana pun kita tinggal, hiduplah seperti orang normal lain.

"Hormat menghormati dan jaga tingkah laku. Jadi manusia yang penuh dengan akhlak yang baik. Akak faham adik terlalu marah pada mereka yang berkuasa di Malaysia but keep cool, always be grateful for the journey.

"It is the journey that you now ended up in Australia. Do less talking and enjoy life. There is no place like home." kata seorang netizen, Win ZZakaria ketika mengulas tindakan Nur Sajat yang kini bangga diterima bermastautin di Australia.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Nur Sajat


Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman dalam Instagramnya menulis tentang keadilan yang kini menjadi 'hak milik' yang diperjuangkannya selama ini. Australia memberikannya "rumah baru' dan taraf baru sebagai jantina wanita.

Nur Sajat dalam Instagramnya pada Isnin, 18 Oktober 2021, memuatkan status memulakan kehidupan baru di Australia dan bila ditanya oleh peminatnya kenapa dia memilih negara itu, alasannya mudah saja. "Sebab mereka menghormati hak asasi kebebasan manusia." 

Malah dia juga memberitahu tidak mungkin akan kembali semula ke Malaysia sambil memberi peta Australia dan bendera negara itu dalam Instagram dengan kata-kata "kehidupan baru". Dia turut menukar lokasi akaun Instagramnya ke Sydney, Australia.

Dan tidak sabar menunggu kurantinnya berakhir untuk berpindah masuk ke rumah barunya. 



Banglo Sajat di Australia. - Kredit foto: nes-tel.com


Sajat juga memberitahu dia sudah menjual semua hartanahnya di negara ini bagi menggambarkan dia tidak berminat untuk kembali ke Malaysia.

Keadilan itu, katanya adalah memberi hak kepada seseorang apa yang seseorang perlukan dan dalam keadaan masyarakat majmuk di negara ini, apabila konflik timbul, prinsip keadilan perlu diutamakan bagi memastikan keperluan diberikan dengan adill dan saksama. 


WinZZakaria


Kata Win ZZakaria. jangan terlalu 'menghina' negara sendiri kelak akan merindu tanah air ini dan bila kerinduan itu mencengkam perasaan ia akan menghiris perasaan pilu jauh di sudut hati.

"There will a time that you will miss Malaysia that it hurts deep down. Enough criticising, move on, di mana kita berada, tiada siapa boleh bg kebahagiaan kecuali diri sendiri. Selalu ingat pada Pencipta, semoga kita sentiasa di dalam keberkatan dan rahmat-Nya," katanya.



Sebelum itu, laporan akhbar South China Morning Post (SCMP.com) melaporkan Nur Sajat yang diberi gelaran jutawan kosmetik yang kini sudah bermaustatin di Australia, dilaporkan sangat gembira dan bebas. Dan tidak sabar menunggu kurantinnya berakhir untuk berpindah masuk ke rumah barunya. 

Dia juga dilaporkan sedang merancang membuka perniagaan baru di negara kanggaro itu.

Phil Robertson, Timbalan Pengarah Human Right Watch yang mengesahkan permohonan Nur Sajat untuk mendapat perlindungan sudah diterima dan terpulang kepada dia untuk memberitahu lokasinya.

"Dia sekarang selamat dan terpulang kepadanya untuk mendedahkan lokasi barunya di Australia." katanya.

Malangnya penghijrahan itu disifatkan oleh banyak rakyat negara ini sebagai membuang 'sampah' busuk dan mengalu-alukan Australia mengangkut pondan itu sambil mereka berharap Nur Sajat tidak akan pulang ke Malaysia selama-lamanya. 

Ini kerana selepas dia mendakwa mendapat ugutan termasuk dibunuh atas alasan bertukar agama.

Akhbar China Morning Post, melaporkan ada ramai aktivitis yang mengganggap pemergian Nur Sajat itu sesuatu yang menyedihkan bagi Malaysia yang sebelum ini diundi sebagai salah satu anggota penting di Kounsil Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk tempoh 2022-2024 dengan sokongan lebih 180 negara.


Sajat semasa melarikan diri ke Thailand sebelum berhijrah ke Australia.


Netizen Wati Alina yang memuat naik laporan Zayed Zulfikli dalam Facebooknya, bertanya apa yang terjadi sebenarnya pada Nur Sajat. Adakah dia diburu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atas tuduhan berpakaian wanita dan pihak berkuasa kerana dikatakan memalsukan kad pengenalannya.

Dalam laporan Zayed, turut menyebut sebab utama Sajat melarikan diri kerana dikatakan berpunca daripada masalah hutang. 

Dia kalah dalam kes tuntutan hutang dan akan difailkan bankrap kalau tidak menjelaskan hutangnya kepada seorang pembekal bengkung kurus sebanyak RM200,000.

Peguam Utama OWA Resources, Nurul Hafidzah Hassan berkata pembayaran kehakiman sebanyak RM200,000 kepada bekas stokis utama iaitu OWA Resources seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.

Kes kedua, Nur Sajat turut dikehendaki polis kerana memalsukan kad pengenalan. Ini adalah kesalahan jenayah yang serius sama ada dia saksi atau bersubahat. Ini belum dapat ditentukan.

Kata Zayed juga mempersoalkan sama ada pihak berkuasa agama benar-benar beria  sangat untuk mencari Sajat pasal dia mahu keluar agama Islam kerana kes itu belum termaktub dalam kes jenayah.

"Dalam alasan mudah untuk mendapat perlindungan di Australia kena ada kes hukuman mati." katanya.


Sajat melarikan diri kerana dikatakan kalah dalam kes tuntutan hutang dan akan difailkan bankrap kalau tidak menjelaskan hutangnya kepada seorang pembekal bengkung kurus sebanyak RM200,000.


Ashraqi Onwi pula berkata "Hip hip horaaaayy!!!. Dont ever come back to Malaysia. Thank You Australia tolong kutip lagi sampah ni dekat Malaysia. Buat kampung pondan dekat sana."

Marianna Maye berkata, "apa yang terjadi kepada mangsa yang ditipunya. Mahkamah sedang memburunya kerana dia melanggar kontrak perjanjian dengan rakan kongsinya."

Nurhafizah Aniza menjelaskan kepada Mariaane Maye, Nur Sajat memang kalah dalam satu kes pemalsuan kad pengenalannya sebab itu orang macam ni kadang-kadang saja cari pasal kat Malaysia. So bila dia pergi negara asing memang ada perlindungan kerana ada bukti dikecam, maki dan ugut dibunuh."

Jeremy JC pula menulis, "sekarang dia dah jadi wanita kulit putih."

"Keadilan kepada sesiap yang berhak mendapatnya. Kau pergi sana bukan sebab kau didiskriminasikan tetapi kau lari dari  scam bengkung kau tu. Tak bayar. Sudah sudahlah menipu orang play victim (buat macam dia pula jadi mangsa) dan ramai yang percaya kerana kau gunakan diskriminasi," kata seorang lagi netizen. - KitaReporters


Sah!..Sajat tak akan kembali ke Malaysia lagi.

12
11
1
13
1

Copy Link: