Janda anak 4 ngaku beli pil kuda guna hasil besi buruk! Kisah hidup pernah tular dalam media
Published byWANITA terbabit yang ditahan akibat kes dadah oleh AADK di rumahnya di Kampung Baru Nelayan, Tumpat, Kelantan pada 14 Februari 2021. - Kredit Foto : AADK Tumpat.
TANPA segan dan silu, di sebalik rimbunan sampah sarap serta besi buruk yang berada di tong sampah ataupun tempat besi lusuk terbuang boleh memberi rezeki seorang janda berusia 36 tahun untuk membeli pil kuda setiap hari untuk menghilangkan tekanan perasaan sejak ditinggalkan suaminya lebih dua tahun lalu.
Wanita itu yang tinggal di Kampung Baru Nelayan, Tumpat, Kelantan mengaku besi buruk yang diperolehi dari tong sampah akan dijual kepada pemborong dan dengan wang itu dia akan membeli pil kuda serta perbelanjaan harian anak-anaknya.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan janda:
https://kitareporters.com/search?search=janda
Kredit foto: AADK Tumpat
JANDA itu bersama tiga lelaki yang ditahan di tempat berasingan dalam operasi Op Cegah sempena Hari Antidadah Peringkat Kebangsaan di Tumpat pada 14 Februari 2021. - Kredit Foto: Berita Harian
Dia yang mempunyai empat orang anak berkata dengan tindakannya sedemikian dapat juga menghilangkan masalah kehidupan yang terpaksa dilalui bersama dengan anak-anaknya selain masalah masyakat kampung akibat kemiskinan hidupnya.
``Saya mengaku saya sudah lama mengambil dadah tetapi berhenti seketika semasa saya mula mengandung anak bongsu itu dan perbuatan yang terlarang itu berulang lagi dalam kehidupan saya selepas berpisah dengan suami saya.
``Hidup saya banyak masalah dan masyarakat pula sentiasa memandang serong terhadap saya serta anak-anak kerana saya orang miskin,’’ katanya ketika ditemui di Pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Tumpat, Kelantan pada 14 Februari 2021.
Pegawai AADK Daerah Tumpat menjumpai bahan bukti di rumah wanita itu di Kampung Baru Nelayan, Tumpat. - Kredit Foto : AADK Tumpat
Janda itu memberitahu jikalau dia tidak mengambil pil kuda atau dadah menyebabkan fikirannya tidak tenang dan tenteram dan ia apatah lagi memikirkan masalah anak-anaknya.
Sebelum ini, kisah wanita tersebut bersama beberapa orang anaknya sedang mencari besi buruk di tong sampah sekitar daerah Tumpat pernah tular dalam laman media sosial, yang akhirnya mendapat simpati daripada orang ramai kerana janda itu hidup dalam daif.
Kredit Foto : AADK Tumpat
Janda berkenaan juga mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah termasuk tiga
lelaki yang berumur 20 tahun hingga 40 tahun itu ditahan oleh AADK Daerah Tumpat dalam Operasi Op
Cegah sempena Hari Antidadah Peringkat Kebangsaan.
Ketua Pegawai AADK Daerah Tumpat, Siti Morni Mustafa memberitahu dalam operasi tersebut pihaknya menahan penagih terbabit di Bandar Tumpat, Pengkalan Kubor dan Wakaf Bahru pada 14 Februari 2021.
Beliau berkata, wanita terbabit ditahan di rumahnya di Kampung Baru Nelayan pada pukul kira-kira 8.30 pagi selepas mendapat maklumat daripada penduduk tempatan.
Kredit foto: Harian Metro
``Semasa ditahan, hasil daripada ujian air kencing ke atas wanita terbabit adalah positif dadah jenis metamfetamin (methamphetamine).
``Wanita itu bersetuju untuk menerima rawatan dan pemulihan
di Pusat Pemulihan Wanita Bachok, Kelantan di bawah Seksyen 8 (3) (a) Akta
Penagihan Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan empat orang anaknya akan
dijaga oleh keluarga kakaknya,’’ katanya lagi. - KitaReporters