Angelina Jolie lawat kanak-kanak Ukraine! Sedih anak kecil jadi mangsa! Harap perang tamat segera!
Published byPOPULARITI diri sebagai selebriti tidak pernah menghalang bintang terkenal dunia, Angelina Jolie dalam misi kemanusiaan apabila pada Jumaat, 1 April 2022 membuat lawatan ke Rom.
Terbaharu, aktivis hak asasi manusia yang juga merupakan wakil khas serta jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) telah melawat kanak-kanak Ukraine di Hospital Bambin Gesu di Rom, Itali.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Angelina Jolie
BERTANYA khabar kanak-kanak yang menjadi mangsa perang di Hospital Bambino, Rom
Dalam lawatan berkenaan, Jolie menggunakan peluang tersebut untuk berinteraksi serta bertanya khabar kanak-kanak tidak berdosa berkenaan yang menjadi mangsa perang antara Ukraine dan Rusia.
Pelakon jelita itu turut berharap peperangan yang mengorbankan ribuan penduduk itu ditamatkan segera.
"Saya berdoa agar perang segera tamat. Itulah satu-satunya cara untuk menghentikan penderitaan dan melarikan diri dari kawasan konflik," katanya.
Malah beliau melahirkan kesedihan apabila melihat anak-anak berkenaan terpaksa menanggung kesakitan sedangkan mereka tidak bersalah selain ada yang menjadi yatim piatu berikutan orang tua menjadi mangsa keadaan.
"Sungguh menyedihkan apabila melihat kanak-kanak terpaksa menanggungnya, kehilangan nyawa, kesihatan terjejas dan mengalami trauma" katanya.
Angelina Jolie ketika bertemu kanak-kanak pelarianSsyria di Bekaa Valley di Lubnan.
Penampilan Jolie ke lokasi perang dan misi kemasyarakatan bukanlah yang pertama kali, kerana sering muncul dalam aktiviti kemasyarakatan.
Pada 2019, aktres jelita membuat kejutan ke kem pelarian Rohingnya, Cox Bazar di Bangladesh.
UNCHHR melaporkan, pelakon wanita itu membuat lawatan berkenaan selepas rayuannya kepada PBB untuk mendapatkan dana lebih sejuta dolar bagi menampung keperluan kem pelarian itu.
Malah sebelum itu aktres yang terkenal filem aksi lasak itu telah bertemu dengan penduduk Islam di India dan Myanmar yang rata-ratanya kehilangan rumah dan kehidupan berikutan konflik serta bencana alam pada 2015 dan 2016.
Di Ukraine, lebih 4 juta rakyatnya melarikan diri sejak Rusia melancarkan perang pada 24 Februari 2022 lalu dalam krisis pelarian terbesar di Eropah sejak Perang Dunia Kedua.
Malah, lebih 2.3 juta melarikan diri ke Poland manakala yang lain berhijrah ke beberapa negara atau pulang semula ke Ukraine. - KitaReporters