Dunia hiburan Indonesia dirundung duka apabila penyanyi legenda, Bob Tutupoly, 82, menghembus nafas terakhir di Hospital Mayapada, Jakarta pada jam 12.03 pagi Selasa, 5 Julai 2022

Bob Tutupoly atau nama asalnya  Bobby Willem Tutupoly dari Surabaya yang lahir pada 13 November 1939,  bukan sahaja terkenal di Indonesia, malah di beberapa negara ASEAN seperti di Malaysia, Singapura dan Brunei.


Menjadi penyanyi sejak 1965 melalui kumpulan Patte Bersaudara, Bob Tutupoly telah merakam ratusan lagu. 

Namun Bob Tutupoly tetap dikenang dengan sejumlah lagu malar segarnya seperti ‘Widuri', ‘Lidah Tak Bertulang’, ‘Tiada Maaf Bagimu’ dan ‘Tinggi Gunung Seribu Janji’

Lagu-lagu itu masih berkumandang di corong radio di beberapa negara. 



Kesihatan Bob Tutupoly mula merosot sejak beberapa tahun lalu akibat diserang penyakit strok dan persembahan terakhirnya ialah Konsert 80th Celebration Bob Tutupoly pada 2019 iaitu sempena usia ke-80-nya.     

Pada 1969, Bob ke Amerika Syarikat dan membuka sebuah restoran bernama Pertamina di New York. Namun dia  pulang ke Indonesia pada 1977.

Populariti sebagai penyanyi mula melonjak apabila membawakan lagu ‘Widuri’ ciptaan Slamet Adriyadi yang sehingga kini menjadi karya malar segar


Gambar terakhir Bob Tutupoly dan isteri Rosmayati Nasution dirakam pada Januari 2022

Sepanjang berjuang, Bob pernah dianugerahkan Anugerah Legenda Dalam Anugerah Muzik Indonesia pada 2015.

Perkahwinan antara Bob Tutupoly  dan bekas ratu cantik, Rosmayati Nasution pada 1977 menimbulkan sensasi kerana kedua-duanya berlainan agama.

Namun perkahwinan beza agama ini tetap bahagia hingga ke akhir hayat dan punya seorang buah hati bernama Shasha Karina Tutupoly. - KitaReporters


14
14
0
18
0

Copy Link: